Skip to main content

Rencana

Tanpa Pogba, United akan kembali 'park the bus'

pogba.jpeg
PAMER aksi berkualiti menyaksikan Jose Mourinho di landasan tepat untuk kembali menemui sentuhannya tetapi kad merah yang dilayangkan kepada Paul Pogba dalam babak kedua memaksa untuk menantikan sama ada The Special One benar-benar bersedia untuk berdepan Pep Guardiola hujung minggu ini.
 
Sebelum Manchester United melakar kemenangan 3-1 di Stadium Emirates, permulaan Mourinho sejak musim 2016-17, United kembali menjuarai gelaran (Piala Liga, Liga Europa) dan bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL). Tetapi masih lagi menemui jalan buntu ketika bertemu pasukan dalam kelompok enam terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
 
Tujuh perlawanan di laman lawan dalam saingan EPL berdepan enam pasukan terbaik liga menyaksikan tiada kemenangan diraih dan hanya mencipta satu gol -- ketika tewas 2-1 kepada Tottenham (musim 2016-17) -- terdapat kritikan yang menyifatkan United masih mempamer aksi yang kurang meyakinkan dan memilih jalan selamat ketika bertemu Liverpool, Chelsea, Arsenal, Spurs dan Manchester City.
 
Segala-galanya seakan-akan berubah buat United ketika perlawanan pada Sabtu lalu. Mereka mempamerkan aksi agresif, melancarkan serangan balas dan memaksa Arsenal ketinggalan 2-0 selepas 11 minit perlawanan berlangsung.
 
Mereka tidak terlalu berhati-hati, melancarkan asakan hingga memaksa pertahanan membuat kesilapan. Penjaga gol, David de Gea, diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan, selepas menyelamatkan 14 percubaan, ini bukan perlawanan di mana Mouriho memilih strategi bertahan "park the bus" bagi mencari jalan selamat meraih mata.
 
Sebaliknya, ia seperti persembahan ketika Mourinho mengendalikan Chelsea sedekad yang lalu -- cuba mendapatkan gol awal dan memberikan tekanan sepanjang perlawanan.

Segala-galanya berjalan dengan baik hingga Pogba dilayangkan kad merah pada minit ke-74. Pengadil perlawanan, Andre Marriner, mengarahkan bintang Perancis itu keluar padang selepas memijak pertahanan The Gunners, Hector Bellerin.




United baru sahaja mendahului perlawanan 3-1 selepas Pogba melakukan umpanan gol kedua Jesse Lingard, meranapkan harapan Arsenal untuk bangkit apabila mereka berjaya mengurangkan defisit jaringan seawal babak kedua bermula menerusi jaringan Alexandre Lacazette.
 
Pogba yang digantung tiga perlawanan menyaksikan dia tidak akan beraksi dalam aksi ‘derby’ pada Ahad ini dan akan memaksa Mourinho kembali dengan taktikal bertahan. Pemain termahal United itu berada dalam senarai untuk diturunkan bersama-sama Nemanja Matic di bahagian tengah dan ia membenarkan pengurus United itu bersedia menghadapi sesiapa pun lawan mereka.
 
Tanpa Pogba, beliau kekurangan pemain yang mampu menembusi barisan pertahanan lawan, sekaligus mengubah corak permainan mereka di Stadium Etihad nanti.
 
United memenangi perlawanan ketika Pogba direhatkan selama sembilan minggu kerana mengalami kecederaan, tetapi persembahan United tetap memiliki kekurangan.

Kehadirannya meningkatkan semangat pasukan yang lesu dalam beberapa perlawanan ketika ketiadaannya. Kini, Mourinho berdepan tugas getir untuk memlih pemain yang terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pogba sebelum menghadapi perlawanan yang penting buat musim ini.
 
Sejujurnya, beliau tidak memiliki mana-mana pemain yang mempunyai kualiti yang sama seperti pemain berusia 24 tahun itu dan Mourinho berkemungkinan tidak dapat menurunkan Marouane Fellaini dan Michael Carrick dalam aksi tersebut.
 
Henrikh Mkhitaryan dan Juan Mata merupakan pilihan untuk kembali dalam kesebelasan utama tetapi permainan kreatif mereka tidak mampu untuk menyamai Pogba.
 
Lingard pula yang kini lebih kerap beraksi hasil keyakinan yang diberikan oleh Mourinho, berkebolehan untuk mencipta kejutan, bagaimanapun kekurangan kekuatan fizikal akan menyukarkan pergerakannya di atas padang berdepan City nanti.
 
Masalah Pogba ini berlarutan dengan masalah Romelu Lukaku untuk mencipta gol. Penyerang kebangsaan Belgium itu sekali lagi tumpul di Stadium Emirates dan sekadar merekodkan satu gol dalam 12 perlawanan buat United. Berdasarkan prestasi semasanya, adakah relevan untuk menurunkan Lukaku ketika bertemu City?
 
Apa sekalipun keputusannya, ia peratusan yang rendah untuk menyaksikan United mengulangi prestasi ketika bertemu Arsenal. Ketiadaan Pogba menurunkan peluang United mencipta kemenangan ke atas skuad kendalian Guardiola dan memaksa Mourinho untuk kembali "park the bus".

Advertisement

Must Watch Video