Saya pernah menulis satu artikel bertajuk "Football without fans is nothing" susulan daripada perlawanan tanpa penonton dilaksanakan oleh penganjur Liga Malaysia, Malaysia Football League, MFL bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM selaku badan induk bola sepak negara.
Artikel itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga bola sepak tanah air walaupun ketika itu ia hanya membabitkan satu perlawanan liga pada Mac lalu sebelum saingan bola sepak tempatan terpaksa ditangguhkan ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Pendekatan itu dilihat tidak memberi sebarang makna kepada bola sepak kerana penyokong adalah nadi utama setiap pasukan bagi menyemarakkan semangat pemain selain mewarnai suasana dan atmosfera dalam sesuatu perlawanan.
Saya secara peribadi turut bersetuju dengan perkara itu kerana berdasarkan pengalaman membuat liputan bagi perlawanan tanpa penyokong, apa yang boleh digambarkan ia seperti perlawanan latihan membabitkan dua pasukan berbeza.
Namun, itulah pilihan yang ada buat MFL dan FAM selepas presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin seolah-olah memberi 'hint' mengenai hala tuju liga musim ini dalam temubual eksklusif bersama rakan sejawat saya, Bazly Azmi untuk berita Nadi Arena.
"Kami juga prihatin dengan kenyataan KKM minggu lalu, yang melarang aktiviti sukan bagi tempoh enam bulan sehingga setahun. Melihat kepada perkara ini, hampir pasti tiada perlawanan bersama penyokong sepanjang tahun ini," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kelangsungan liga musim ini, Hamidin menambah: "Kami hanya perlu mengemaskan beberapa perkara lagi dan akan mengumumkannya pada minggu depan, jadi saya tidak boleh mendedahkannya pada ketika ini. Mungkin ada dua atau tiga pilihan dan sudah pasti pilihan terakhir adalah membatalkan liga tahun ini".
Reaksi yang cukup jelas daripada Hamidin susulan desakan agar mereka segera tampil membuat ketetapan saingan Liga M, musim ini tatkala negara jiran seperti Thailand sudah mengambil langkah proaktif berhubung perkara berkenaan.
Namun, persoalan bersediakah kita sekiranya liga musim ini diteruskan tanpa panonton atau dibatalkan? Jika dibatalkan, sudah pasti ia akan menjejaskan kontrak pemain dan pegawai sesebuah pasukan selain memberi tekanan buat sesebuah pasukan untuk membayar pampasan kepada pemain dan pegawai.
Saya berasakan dan berharap saingan liga musim ini dapat diteruskan dan perlawanan diadakan secara tertutup seperti tempoh hari kerana ia mungkin penyelesaian yang lebih baik kerana pendapatan sesebuah pasukan dapat diraih menerusi penajaan.