Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun menunjukkan kewibawaan apabila bertindak pantas menetapkan tarikh baharu Sukan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dan Sukan Paralimpik Tokyo dari 24 Ogos hingga 5 September depan.
Bagaimanapun penetapan tarikh yang pantas ini juga menerima pelbagai reaksi daripada peminat sukan tanah air dan juga atlet negara.
Mestilah setiap keputusan akan mempunyai reaksi negatif dan positif tetapi apa yang pasti buat penulis adalah ia petanda positif buat atlet negara yang belum layak ke Temasya Sukan Olimpik mahupun Paralimpik.
Ini boleh dikatakan seperti 'Talian Hayat' atlet negara yang belum layak ke Sukan Olimpik apabila sekali lagi mempunyai peluang dan jangka masa yang panjang untuk layak secara merit ke temasya berprestij itu.
Seperti Majlis Paralimpik Malaysia yang kini sedang mensasarkan lima lagi acara sukan untuk menjadikan keseluruhannya 9 acara disertai Malaysia daripada 23 acara di Sukan Paralimpik yang akan datang.
Antara sukan yang mendapat talian hayat ini adalah sukan powerlifting, badminton, boccia, ping pong dan tenis berkerusi roda yang masih mencari mata kelayakan ke Paralimpik sebelum dunia dibelenggu pandemic Covid-19.
So last but not least, the only thing I can say is that I guess “dreams truly never die until you, yourself give up on it” (moga-moga pandemic Covid-19 ini cepat berakhir dan atlet negara kita mampu merealisasikan impian mereka dan berjuang demi lencana di dada).