RENCANA
Tak aku tak gila
Kunjung tiba saingan bola sepak elit seperti Piala Dunia atau EURO saya secara mental dan fizikal sudah bersedia dengan pelbagai "usikan" daripada kenalan,sahabat dan tidak terkecuali ahli keluarga.
Bukan apa,semuanya kerana keengganan saya untuk bersandar dengan norma menyokong gergasi sebaliknya The Three Lions atau England.
Hahahaha,teruskan dengan tawa anda,saya tahu ada yang menggaru kepala serta bingung terhadap pemilihan pasukan pilihan saya untuk memenangi EURO.
Iklan
Ha,ada yang terdiam dengan ramalan saya bahawasanya skuad kendalian Roy Hodgson akan akhirnya menamatkan penantian untuk bergelar jaguh Eropah.
Terbaik buat England adalah separuh akhir,kali terakhir edisi 1996 di laman sendiri,tak berupaya jadi jaguh kampung pun.
Jadi apa bezanya kali ini ketika generasi Emas sperti David Beckham,Adik Beradik Neville,Paul Scholes,Frank Lampard,Steven Gerrard,John Terry dan Rio Ferdinand sering mengecewakan.
Hakikat tiada generasi Emas itulah yang akan mendukung England di Perancis.....
Saya membayangkan England tampil dengan formasi "4-4-2 Diamond" ditunjangi kapten, Wayne Rooney di antara dua penyerang.
Siapa dua di depan kalau bukan Harry Kane dan Jamie Vardy, dua penyerang paling berprolifik dalam keseluruhan liga di Eropah Musim ini.
Mahukan pakej kejutan,gandingkan salah seorang daripada mereka dengan remaja meningkat naik, Marcus Rashford.
England ada sejarah dengan pemain remaja sensasi menyinar buat mereka,Rooney sebelumnya dan juga Michael Owen.
Di Midfield,teruskan dengan pembentukan tunjang daripada skuad Tottenham Hotspur,Dele Alli serta Eric Dier sebagai penghubung dengan barisan benteng.
Satu lagi slot,pilih sahaja daripada himpunan pemain kreatif seperti Ross Barkley,Raheem Sterling atau yang serba boleh,James Milner.
Pertahanan mudah,pejam mata antara yang terbaik,Nathaniel Clyne,Kyle Walker,John Stones atau Danny Rose sebagi Bek dan di tengah gandingan Gary Cahill,Chris Smalling.
Sukar buat pilihan bek bila ramai pemain berkualiti......
Tiada tandingan siapa penjaga gawang,Joe Hart.
Adakah faktor ini memadai untuk menjamin England sebagai Juara Euro 2016? Secara jujurnya tidak,
Jerman,Perancis dan juara bertahan Sepanyol memiliki ramuan pemain serta adunan taktikal lebih baik
Tetapi itu istimewanya jika England muncul juara,manis buat penyokong seperti saya untuk akhirnya menafikan segala herdikan sinis.
Tak Saya Tak Gila,Cuma Optimistik.
Must-Watch Video