Skip to main content

Rencana

Syakilla dari 'Paris with gold'

syakilla-hasni.jpg
Syakilla Salni Jefry Krisnan pemenang pingat emas Terbuka Paris dalam kategori kumite wanita bawah 55 kilogram.

Atlet karate negara ini sekali lagi meletakkan nama Malaysia di pentas karate antarabangsa setelah kali terakhir merangkul pingat emas di Liga 1 Karate Premier pada 2016 di Dubai. 

Bersaing dengan para pencabar Eropah yang mempunyai reputasi mendominasi sirkit antarbangsa, atlet 25 tahun ini langsung tidak gentar malah menewaskan juara dunia dari Itali Sara Cardin sebelum mengagumkan penonton di arena Paris dengan aksi agresif dan taktikal kemas untuk mengatasi Sabrina Ouihaddadene di final. 

Prestasi baik ini merupakan berita baik untuk kontinjen Malaysia yang bersiap sedia memperbaiki pungutan pingat emas di Sukan Asia dan kali ini Jakarta/Palembang, Indonesia pada 18 Ogos hingga 2 September 2018. 

Sebagai salah seorang penyumbang dari 5 pingat emas di Incheon, Syakilla juga bertekad bekerja-keras dan melakukan apa sahaja untuk layak ke Sukan Olimpik 2020, Tokyo di mana sukan karate dipertandingkan buat kali pertama. 

Perlu berada dalam ranking dua terbaik dunia bagi slot automatik, Syakilla di ranking kelapan dunia sedia menerima cabaran jika perlu melalui pusingan kelayakan benua. 

Jika Paris berjaya ditawan Syakilla, Indonesia dan Tokyo pasti sasaran seterusnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video