Shahrel Fikri Md Fauzi mengambil langkah besar dalam kerjayanya apabila memutuskan untuk berhijrah ke Liga Satu Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima.
Secara peribadi, penulis berasa bangga dengan langkah berani yang diambil penyerang berusia 23 tahun ini untuk beraksi di Liga Satu Thailand, liga yang sememangnya terbaik di rantau Asean dan antara yang terbaik di Asia.
Penulis percaya, pemain yang berasal dari Sitiawan, Perak ini mampu berjaya di bumi Thailand walaupun dia ke Nakhon Ratchasima hanya secara pinjaman sehingga akhir musim liga di sana.
Keyakinan penulis adalah kerana keyakinan yang pernah dilontarkan bekas pengendali kebangsaan dan legenda Thailand sendiri, Kiatisuk Senamuang terhadap pemain Malaysia selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2014.
Kiatisuk ketika itu mengatakaan, terdapat beberapa pemain-pemain Malaysia yang sebenarnya memiliki kemahiran yang tidak jauh dengan pemain Thailand dan mampu beraksi di liga negaranya.
Ketika itu, mungkin sebahagian besar pengamal media berasa Kiatisuk bersikap diplomasi terhadap Malaysia selepas menewaskan Harimau Malaya di pentas akhir Piala Suzuki.
Namun, kejayaan Shahrel ke Thailand kini membuktikan ada kebenaran apa yang dikatakan legenda Thailand itu pada 2014.
Benar dia bukan pemain tempatan pertama ke Thailand namun, dia adalah pemain bukan berdarah kacukan pertama ke negara itu.
Sebelum ini dua pemain kacukan, pertahanan Johor Darul Takzim, Kiko Insa pernah bersama Bangkok United manakala bekas pemain Felda United, Curran Singh Ferns kini juga baru menyertai sebuah lagi pasukan Liga Satu Thailand, Sukhothai FC.
Secara kebetulan, Shahrel dijangka melakukan penampilan sulung buat kelab barunya berdepan Sukhothai pada 30 Jun ini.
Ia juga kemungkinan menjadi pertembungan pertama dua pemain dari Malaysia di liga luar negara dan satu sejarah baru buat bola sepak negara.
Curran yang mampu beraksi di posisi tengah dan pertahanan kini juga sudah beraksi dalam dua perlawanan berturut-turut dengan Sukhothai.
Kini juga, pengendali kebangsaan Tan Cheng Hoe mungkin perlu sekali-sekala ke Thailand bagi meninjau prestasi dua pemain itu untuk dipertimbangkan ke skuad negara menjelang Piala Suzuki AFF pada hujung tahun ini.
Apa pun, cabaran utama buat Shahrel di Thailand ialah syarat pertandingan Liga.
Satu perlawanan yang hanya membenarkan empat pemain import beraksi pada satu masa.
Kuota import kelima iaitu kuota Asean kebiasaannya akan memulakan perlawanan sebagai pemain di bangku simpanan.
Jadi Shahrel perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk bersaing dengan empat awang import dalam pasukannya selain sentiasa mempamerkan aksi terbaik ketika latihan dan apabila diturunkan.
Kelab baru Shahrel ketika ini mempunyai dua awang import dari Brazil, seorang Serbia dan seorang lagi dari Korea Selatan yang pernah beraksi di Liga K.
Penulis mendoakan kejayaan Shahrel dan juga Curran di Thailand kerana jika mereka berjaya, ia pasti membuka peluang buat lebih ramai pemain tempatan ke sana.
Jika Shahrel dan Curran mampu berada dalam skuad negara ke Piala Suzuki tahun ini, ia juga kali pertama Harimau Malaya beraksi di kejohanan itu dengan kehadiran dua pemain berkelana di luar negara.