Skip to main content

Rencana

#SupportLigaMalaysia

118112673_4243125552426584_4751264200514185082_o_1.jpg

Setelah berehat selama lima bulan akibat pandemik COVID-19 akhirnya saingan Liga Super dan Liga Perdana disambung semula.

Dimana enam perlawanan berjaya dilangsungkan semalam oleh Malaysia Football League (MFL) pada saingan Liga Perdana dan Liga Super. Walaupun penantian itu satu penyeksaan namun ia masih lagi menjadi perhatian kepada peminat-peminat bola sepak negara walaupun ada sedikit kesuramannya itu. Tiada kehadiran penyokong pada setiap stadium pertandingan itu mengurangkan sedikit kemeriahan dan seri sesuatu perlawanan itu. Tetapi itulah yang perlu dilalui oleh setiap pasukan buat masa ini ketika pandemik COVID-19 masih lagi aktif diserata dunia.

Inilah cabaran yang perlu dilalui semua pihak yang terlibat dalam industri bola sepak negara kita terutama kepada pengurusan Malaysia Football League (MFL) pada musim ini. Inilah tugas yang berat menanti semua pengurusan tertinggi MFL untuk mengekalkan nilai komersial Liga Malaysia tahun ini supaya tidak terjejas.Sudah tentulah pengurusan MFL ingin memastikan palaburan yang dilakukan oleh penaja pada tahun itu dapat pulangannya kembali walaupun nilai itu nanti tidaklah tinggi sebagaimana yang dirancang. Melalui kajian yang dibuat oleh transfermarkt.com pada masa ini nilai pasaran pemain dalam Liga Malaysia secara keseluruhan itu bernilai RM172 juta  dan dari jumlah itu juga Liga Malaysia menduduki tangga ke 12 dalam Asia.

Bukan itu sahaja yang perlu difikirkan oleh pengurusan MFL sebaliknya mereka juga perlu memikirkan bagaimana boleh membantu setiap pasukan yang bersaing itu dapat menggekalkan dana kewangan pasukan melalui strategi pemasaran MFL untuk menarik penaja-penaja pasukan supaya terus kekal bersama pasukan melalui aktiviti yang dirancang untuk sama-sama memeriahkan industri bola sepak negara kita selain dari siaran langsung yang dibawa. Dengan adanya media sosial itu juga sedikit sebanyak dapat membantu MFL menyalurkan info kepada peminat-peminat untuk sama-sama membuat hebahan dan mempromosikan setiap perlawanan supaya peminat-peminat terus berada dibelakang pasukan kesayangan mereka.

Ketika inilah setiap kelab penyokong dari pasukan yang bertanding perlu bekerjasama dengan MFL untuk sama-sama mempromosikan setiap perlawanan liga supaya nilai komersial Liga Malaysia ini dapat dikawal

supaya tidak menjunam nilainya. Kepada pemain-pemain dan jurulatih-jurulatih juga perlu memainkan peranan mereka dalam menggekalkan kualiti liga dengan memberi aksi yang berkualiti tinggi. Dengan mengembeleng tenaga dan kerjasama daripada semua pihak pasti ia akan dapat menyelamatkan Liga Malaysia dari terus suram. Jadi sama-samalah kita memberi sokongan kepada MFL untuk terus #supportLiga Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video