Skip to main content

Advertisement

Rencana

Suparimau FAM iktiraf akademi komuniti akar umbi

suparimau.jpg
4 Mei 2019 adalah hari yang penuh bersejarah kepada akademi-akademi bola sepak komuniti akar umbi di seluruh Malaysia apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan satu piagam untuk akademi komuniti akar umbi ini yang diberi nama “Piagam Suparimau FAM”.

Tujuan FAM mewujudkan piagam ini adalah untuk mengitiraf dan menggalakkan akademi-akademi komuniti akar umbi supaya terus aktif dalam membantu membangunkan dan terus mempopularkan sukan bola sepak di Malaysia. Selain itu, juga dengan wujudnya piagam ini, FAM dapat mendidik akademi-akademi akar umbi untuk lebih professional dalam menguruskan akademi mereka sebagai mana kelab-kelab professional di Malaysia dan seluruh dunia.

Sebelum akademi-akademi komuniti akar umbi ini diberikan pengiktirafan mengikut kategori yang diberi seperti emas, perak dan gangsa, di mana akademi komuniti ini perlulah membuat permohonan kepada FAM dan menyertakan sekali dokumen-dokumen mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Akar Umbi FAM sebelum tinjauan dilakukan oleh panel-panel yang dilantik FAM untuk diberikan kelulusan dan memastikan akademi-akademi komuniti ini layak menerima pengiktiran itu.

Dengan wujudnya piagam Suparimau ini pujian perlulah diberikan kepada FAM yang terus aktif dan berada pada landasan yang betul untuk memajukan bola sepak Malaysia kerana akar umbi ini begitu penting dalam membangunkan dan melahirkan pemain-pemain berkualiti. Selain mewujudkan sikap bekerja yang lebih professional dari kalangan pengurusan akademi komuniti akar umbi ini. Kepada pengurusan-pengurusan akademi-akademi komuniti akar umbi di Malaysia ini ambillah kesempatan ini untuk sama-sama FAM membangunkan dan memajukan bola sepak Malaysia kerana ketika ini FAM begitu dekat dengan komuniti.

Advertisement

Must Watch Video