Kuala Lumpur 2017 Sukan SEA ke-29 akan membuka tirai saingan pada hari ini, 14 Ogos apabila bola sepak dan bola jaring memulakan kempen masing-masing.
Ia juga menandakan bermulanya tugasan atlet negara dalam merealisasikan impian hampir 40 juta rakyat Malaysia untuk melihat kontinjen Harimau Malaya muncul juara keseluruhan dengan sasaran 111 pingat emas.
Sasaran pingat emas ini menyamai pungutan pada 2001 ketika Malaysia muncul juara keseluruhan buat julung kali ketika menjadi tuan rumah. Kali ini kesempatan terhidang buat Malaysia untuk mengulangi kejayaan itu. Dengan persediaan atlet sudahpun bermula sejak Kuala Lumpur diumumkan selaku tuan rumah pada 2015, tiada sebab atau alasan untuk Malaysia gagal kali ini.
Mengimbau Sukan SEA 2001, kontinjen negara ketika itu diketuai Chef-de-mission, Datuk Wira Mazlan Ahmad, sambil disokong penuh hebat barisan anggota Majlis Sukan Negara (MSN) yang bertungkus lumus memastikan sasaran juara menjadi milik Malaysia.
Saya masih ingat ketika itu saingan utama negara, Thailand, turut melakukan congakan jumlah pingat emas yang bakal mereka menangi dan mereka mengakui bahawa Malaysia akan muncul juara.
Kejayaan Malaysia ketika 2001 dijana oleh beberapa sukan utama, iaitu akuatik yang menyumbangkan keseluruhan 19 pingat emas (renang sembilan emas, terjun lapan emas dan renang berirama dua emas), gimnastik artistik dan gimrama 16 emas, Olahraga lapan emas dan sukan tempur (karate, pencak silat, wushu dan taekwondo) yang menyumbangkan keseluruhan 23 pingat emas.
Namun, temasya ke-29 ini pasti pungutan pingat Malaysia daripada sukan yang berbeza. Saya melihat kepada terjun, berbasikal serta skuasy akan menjadi harapan utama untuk tuaian emas.
Saya juga berharap akan berlaku kebangkitan dalam olahraga negara yang sudah terlalu lama ‘tidur nyenyak'. Selain itu saya berasakan sukan tempur akan menjadi kunci utama sama ada Malaysia akan dapat mencapai sasaran 111 emas yang ditetapkan.
Apapun, ada satu lagi fakor utama yang akan dapat memastikan Malaysia mampu mencapai atau melepasi sasaran yang ditetapkan. Kehadiran orang ke-11, iaitu penyokong tuan rumah. AYUH BANGKIT MALAYSIA!