RENCANA
Sudah tiba masanya pemain remaja cemerlang
Chong Wei sudap pasti penat. Bukan penat secara fizikal dan mental sahaja, tetapi penat menunggu siapa yang beliau yakin untuk menyampaikan baton sebagai pemain nombor 1 Malaysia.
Ada harapan. Junior Purple League membolehkan para pemain remaja menunjukkan bakat mereka dan pada masa yang sama platform terbaik untuk memberi pendedahan dan pengalaman dalam setiap sudut kepada pemain.
Edisi ke-2 kejohanan ini bermula pada 15 Ogos 2015 dan berakhir pada 18 Oktober 2015.
Iklan
Petaling Badminton Club paling unggul di antara 10 kelab lain yang bertanding dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. Di tempat kedua wakil selatan, Nusa Jaya BC dan diikuti oleh Ampang Jaya BC.
Saya dan crew Astro Arena mengikuti perkembangan para pemain dan setiap kelab untuk rangkuman rancangan Raket yang dipaparkan setiap Selasa 8 malam hingga 9 malam.
Saya melihat sendiri peningkatan drastik para pemain dari segi permainan, mental, fizikal, perwatakan, kematangan dan lebih yakin semasa ditemuramah.
Tidak sah jika liga remaja ini tidak diakhiri dengan persaingan untuk menjadi kelab yang terbaik di antara yang terbaik. Beberapa kelab baru diberi peluang untuk merasai kehangatan Junior Champions Challenge. Antara kelab baru yang bertuah dipilih untuk beraksi ialah Bandar Maharani BC, Georgetown BC, Rawang BC dan Shah Alam BC.
Akhirnya, kelab yang berada di tempat ke-6 Junior Purple League muncul Juara Junior Champions Challenge iaitu Cheras BC. Hadiah wang tunai RM25,000 sudah pasti berbaloi untuk pasukan mereka.
Keupayaan sudah pun dibuktilkan. Kini kita tunggu dan lihat siapa berani serta mampu mengambil tempat Lee Chong Wei nanti.
Seterusnya, para peminat badminton tidak sabar untuk mengikuti edisi baru Malaysia Purple League bermula 4 November 2015.
Must-Watch Video