Pada waktu New Zealand masih terkesan dengan Tragedi berdarah Christchurch, Mereka memandang kepada Sonny Bill Williams sebagai simbol kebangkitan.
Kalau wujud Superman dalam realiti, dia akan diabadikan dalam bentuk Legenda All Blacks berketurunan Samoa ini.
Gergasi bertatu, siapa sangka Sonny Bill merupakan seorang Muslim yang menjadi Ikon kepada Agama Islam.
Pengembaraan Sonny dalam dunia Ragbi yang bermula pada 2004 membawa dia kepada Toulon, Perancis empat tahun berikutnya.
Di Selatan Perancis itu, Sonny disentuh hidayah yang seterusnya memimpin keputusan dia memeluk Islam.
Sonny tidak pernah berselindung disebalik tuntutan agama meskipun wujud persoalan mengapa dia melakukukan sedemikian.
Malah dia jadi contoh seorang atlet elit yang tidak ada masalah menjalani tuntutan agama termasuk menjaga ibadah serta amalan berpuasa pada waktu Ramadhan meskipun menguji fizikal dan mental.
Seperti umat Islam seluruh dunia yang terkesan dengan pelbagai tragedi dan keganasan setiap hari, Sonny membuktikan tiada apa yang mustahil.
Menerusi Sonny juga, imej terorisma yang sering dikaitkan dengan agama Islam pudar disebalik karisma seorang yang luar biasa.
Khabar terkini dari New Zealand juga menyaksikan ibu Sonny, Lee Williams serta sahabat karib dan juga rakan All Blacks Ofa Tu'ungafasi memeluk Islam.
Kebesaran Maha Esa yang terlindung daripada mata biasa, Kehebatan yang bersandar pada hamba bernama Sonny Bill Williams.