Bukan mudah untuk seseorang pemimpin meninggalkan kerusi empuk mereka.
Tatkala sudah berada di puncak, dengan kuasa penuh di tangan dan penghormatan tertinggi, ia umpama sanjungan terbesar dalam hidup mereka.
Siapa yang mahu turun darjat jika keputusan berada dalam tangan mereka?
Hanya segelintir pemimpin persatuan sukan kebangsaan memiliki sikap seperti ini, salah seorang daripadanya Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal.
"Saya akan letak jawatan jika Malaysia (skuad lelaki) gagal layak ke Piala Dunia 2018. Saya sudah buat yang terbaik dalam aspek pengurusan persatuan sejak dua tahun lalu.
"Jika gagal, bermakna saya gagal dan lebih baik beri peluang kepada orang lain," kata Subahan ketika mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan KHM.
Pengumuman itu mengejutkan ahli gabungan kerana penggal pertama Subahan sepatutnya tamat pada 2019.
Jika Malaysia gagal, Subahan akan jadi presiden KHM paling singkat menerajui badan induk itu.
Secara realistik, pengumuman ini mungkin cabaran untuk skuad lelaki negara layak ke Piala Dunia 2018.
Masakan tidak, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menambah slot kepada 16 pasukan ke India, tahun depan berbanding 14 di The Hague, Belanda, tiga tahun lalu sekali gus peluang cerah untuk
The Malaysian Hockey Tigers membuat penampilan kedua berturut-turut.
Atas faktor itu, saya lihat Subahan membuat pengumuman ini kerana berdasarkan prestasi semasa, mustahil Malaysia gagal capai misi itu.
Namun, dalam sukan apa jua boleh berlaku.
"Jika Subahan letak jawatan ia, ahli gabungan akan berdepan masalah. Kami menikmati geran RM50,000 setahun sekali gus berjaya menjalankan pelbagai aktiviti peringkat akar umbi.
"Malah, banyak negeri sudah menjalankan liga sendiri. Saya harap semua pihak bersatu untuk bantu persiapan skuad negara ke London," kata seorang wakil ahli gabungan KHM.
Bagi saya, ini tindakan berani.
Saya beberapa kali tidak sependapat dengan Subahan namun kali ini, saya menghormatinya sebagai seorang pemimpin yang "gentleman".
Kalau gagal, beri peluang kepada individu lain. Janganlah duduk sampai mereput kerusi presiden!