Kritikan bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad, di atas kegagalan beberapa aspek program baru dan keputusan melibatkan sukan negara sebelum ini dianggap sumbang.
Sehingga ada ‘kiriman pesanan’ daripada ‘orang atasan’ yang meminta agar individu berpengalaman ini berhenti mengeluarkan sebarang ulasan tentang isu sukan semasa.
Namun, kudrat berharga dan kritikan beliau tidak terhenti sehinggalah kata-katanya itu benar-benar terbukti dalam dua temasya terbesar tahun ini iaitu Sukan Komanwel pada April lalu dan Sukan Asia yang baru sahaja melabuh tirai pada Ogos.
"Program Podium hanya sebuah pembaziran".
Itulah yang sering diulas Datuk Wira Mazlan, setiap kali kekesalannya melihat betapa program itu sebenarnya hanya melambatkan lagi proses pencarian pingat emas pertama Sukan Olimpik yang menjadi objektif utama penubuhan program itu.
Kegagalan atlet Program Podium menyerlah tahun ini membuatkan pihak terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) terpaksa mengkaji semula program ini dan ia seolah-olah mengiakan kata-kata yang pernah dikeluarkan Datuk Wira Mazlan sebelum ini.
"Utamakan sukan yang ada dalam Sukan Olimpik, fokus kepada atlet yang ada potensi sahaja. Sekurang kurangnya bajet boleh dikurangkan dan tiada pembaziran".
Perkembangan terkini juga turut menamakan Datuk Wira Mazlan selaku panel bebas untuk jawatankuasa penilaian bebas prestasi atlet sebelum diberi kepercayaan beraksi di sukan besar dan yang paling hampir Sukan SEA Manila 2019.