Skip to main content

Rencana

Strategi siapa menjadi menjadi, Arteta atau Pep Guardiola?

skysports-guardiola-arteta_4943939.jpg
Petembungan di antara pendahulu liga Arsenal dan Manchester City yang menduduki tempat kedua ketika ini pasti menjadi tumpuan kerana ia menemukan dua jurulatih  dari Sepanyol yang mempunyai falsafah bola sepak yang sama. Perlawanan ini juga menjadi petanda aras sejauh mana The Gunners akan mengungguli carta liga musim ini. Jika anak didik Arteta berjaya menghalang The Citizens dari mencipta kemenangan bermakna jarak mata di antara  kedua-dua pasukan ini akan bertambah.

Melihat dari rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini ia memihak kepada pengendali The Citizens tetapi dengan kedudukan terkini The Gunners pasti Arteta ada ramuan terbaik untuk memastikan anak didiknya dapat memberi saingan kepada pemain-pemain Man City yang sudah mempunyai pengalaman bermain dalam tekanan. Kekuatan dan ketajaman bahagian serangan The Gunners akan menjadi perhatian pada pertemuan ini kerana Bukayo Saka, Eddie Nketiah dan Gabriel Martinelli perlu membuktikan kemampuan mereka menembusi pertahanan Man City.

Inilah percaturan dan strategi yang akan menentukan kedudukan The Gunnere pada penghujung musim nanti kerana pemain-pemain hadapan ini walaupun masih muda tetapi telah menunjukan ketajaman dan kematangan mereka di atas padang. Dengan 48 jaringan diperolehi setelah memgharungi 21 perlawanan itu memberi isyarat kepada benteng pertahanan The Citizens yang diketuai Ruben Dias. Martin Odegaard juga akan memainkan peranan di bahagian midfield kerana pemain muda ini sudah berjaya melakukan 8 jaringan dan 5 umpanan musim ini.

Sementara Pep pasti akan mengunakan semua pengalamannya untuk mempengaruhi minda anak didiknya supaya dapat menjelmakan kemenangan yang di cari. Sudah tentu ia akan memastikan Kevin De Bruyne, Bernando Silva, Rodri dan Ilkay Gundogan yang banyak memainkan peranan untuk mengumpan kepada Erling Haaland bagi menjaringkan gol. Atas faktor inilah perlawanan di antara juara liga 13 kali dan 8 kali itu akan menjadi perhatian seluruh dunia.Bukan sahaja percaturan taktikal dan strategi yang akan dimainkan oleh kedua-dua jurulatih itu sebaliknya kekuatan mental dan pertahanan juga akan menjadi penentu perlawanan itu nanti.

Advertisement

Must Watch Video