Skip to main content

Rencana

Status G.O.A.T. buat Federer

rogerfederer280118.jpg
Kemenangan Roger Federer dalam saingan Terbuka Australia buat kali keenam hari ini ternyata menyaksikan dirinya kini berada di tahap tersendiri dalam sukan tenis.
 
Menjangkau usia 36 tahun, Federer telah mengharungi tahun 2017 yang cemerlang dengan memenangi dua gelaran grand slam -- Terbuka Australia dan Wimbledon -- untuk melebarkan rekod kemenangannya kepada 19 gelaran grand slam.
 
Menewaskan Marin Cilic di Rod Laver Arena sekali gus menjadikan kemenangan grand slam yang ke-20 dimenangi oleh Federer dan dia telah membuktikan usia bukanlah penghalang.
 
Gaya permainan Federer yang konsisten merupakan kunci kejayaannya yang mula dicipta sejak tahun 2003, ketika berusia 22 di Wimbledon, menewaskan Andy Roddick dalam separuh akhir sebelum mengetepikan Mark Philippoussis dalam aksi final.
 
Federer meneruskan dominasi dalam sukan tenis hingga berjaya menghuni tangga nombor satu dunia serta memintas Pete Sampras pada tahun 2009 selaku pemenang Grand Slam terbanyak bagi saingan lelaki.
 
Kehadiran beberapa muka baru ketika itu seperti Novak Djokovic, Andy Murray dan Rafael Nadal mula mempamerkan persembahan cemerlang memaksa Federer untuk kembali mengatur permainan yang bersesuaian dengan usianya.
 
Usahanya membuahkan hasil selepas mengambil keputusan untuk berehat bagi saingan tahun 2016 sebelum kembali pada tahun berikutnya dan tidak beraksi dalam mana-mana saingan gelanggang tanah liat bagi memastikan dia dapat memastikan berada di tahap terbaik dalam kejohanan-kejohanan lain.
 
Aksi emas yang dipamerkan Federer telah membantu sukan ini berkembang. Peningkatan terhadap minat tenis melonjak, sekali gus membantu pulangan daripada penganjuran kejohanan.
 
Ketika Federer pertama kali memenangi gelaran Terbuka Australia, dia hanya menerima ASD985,000 (RM3.8 juta) berbanding jumlah yang dimenangi pada tahun 2018 adalah AUD4 juta (RM12.5 juta).
Selepas menjuarai Roland Garros pada tahun 2009 untuk melengkapkan koleksi grand slam, Federer menjadi pemain tenis lelaki pertama untuk berada di muka depan majalah Sports Illustrated sejak Andre Agassi pada tahun 1999.
 
Daripada tenis, Federer membentuk dirinya sebagai salah seorang atlet terbaik sepanjang zaman, seiring dengan Muhammad Ali, Pele, Michael Phelps dan Michael Jordan.

Advertisement

Must Watch Video