Skip to main content

Rencana

"Sometimes we need to lose the battle to win the war"

241116-a.jpg
Pahit untuk ditelan. Itulah yang terpaksa dirasai oleh pemain, jurulatih, pegawai dan peminat termasuklah wakil media tempatan selepas skuad negara kecundang di saat akhir kepada Vietnam pada Rabu.

Misi meraih sekurang-kurangnya satu mata pada perlawanan kedua kumpulan B Piala Suzuki AFF 2016 dimusnahkan pemain tengah Nguyen Trong Hoang yang menyumbat gol kemenangan Vietnam pada minit ke-79.

Ia berpunca daripada kegagalan pemain negara mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan Trong Hong berjaya memperdayakan dua pemain negara sebelum bijak menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Perasaan berdebar penulis yang mengharapkan gawang skuad negara tidak dibolosi hilang serta merta.

Sebelum itu, pemain negara berjaya menangkis segala asakan Vietnam yang sudah buntu untuk menembusi benteng akhir skuad negara diterajui Khairul Fahmi atau Apek.

Perubahan taktikal Datuk Ong Kim Swee dengan formasi 4-2-3-1 untuk aksi defensif hampir menjadi, namun hanya satu kesilapan kita dihukum dengan kekalahan yang mengecewakan.

Namun, kalah tidak bermakna kalah selamanya. Kejohanan edisi 2010 sesuai menjadi contoh kerana ketika itu, kita tewas 1-5 kepada tuan rumah Indonesia pada perlawanan pertama tetapi berjaya bangkit meraih kejuaraan.

Begitu juga pada edisi 2014 apabila kita yang tewas 2-3 kepada Thailand pada perlawanan kedua peringkat kumpulan berjaya menumpaskan tuan rumah Singapura 3-1 pada aksi terakhir kumpulan sekaligus layak ke separuh akhir.

Tiada perkara yang mustahil dalam bola sepak dan sebenarnya masih ada harapan buat Harimau Malaysia pada edisi kali ini.

Benam Myanmar, itu sahaja dan memandangkan pemain negara Syazwan Zainon sudah berbahasa Inggeris, jadi penulis juga mahu berbahasa Inggeris. Pepatah Inggeris ada mengatakan "sometimes we need to lose the battle to win the war"!.

Kredit imej: OfficialHarimauMalaysia

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found