Skip to main content

Rencana

Solskjaer terdesak!

ogs.jpg
Keputusan seri menentang Wolverhampton Wanderers dan tewas kepada Crystal Palace dilihat membuka sedikit demi sedikit kepincangan Manchester United dalam permulaan saingan Liga Perdana Inggeris.

Kegagalan pemain-pemainnya menyempurnakan sepakan penalti dalam dua perlawanan menyaksikan mereka gagal mencuri tiga mata berharga dan keadaan itu dilihat sedikit membimbangkan. Jentera serangan United dilihat tidak begitu klinikal di hadapan gawang dengan Jesse Lingard dilihat tidak begitu berkesan memainkan peranan selaku pemain nombor 10 di atas padang. 

Gandingan Marcus Rashford dan Anthony Martial juga dilihat tidak begitu menakutkan pertahanan pihak lawan dengan setiap pergerakan dan asakan mudah dipatahkan. Dalam masa sama, khidmat pemain tengah sensasi, Paul Pogba, terus ditagih biarpun ada desas-desus yang mengatakan penghijrahannya ke Real Madrid bakal menjadi kenyataan. Andai benar ia berlaku, United dilihat perlu segera mengisi kekosongan di bahagian tengah memandangkan senarai pemain sedia ada dilihat belum mampu tampil setanding Pogba.

Terbaru, pertahanan kiri, Luke Shaw, pula dilaporkan terpaksa berehat hampir dua bulan apabila mengalami kecederaan hamstring. Ianya pasti tamparan hebat buat Solskjaer yang terpaksa berkira-kira melihat senarai pemain bagi menggantikan Shaw. Ashley Young, Marcos Rojo dan Matteo Darmian boleh menjadi pilihan mengisi kekosongan itu.

Hanya sedikit kelegaan buat Solskjaer apabila ketiga-tiga pemain yang baru dibeli iaitu Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Daniel James mempamerkan prestasi menakjubkan di atas padang. Namun selebihnya, hanyalah kerisauan sama ada pasukan ini mampu atau tidak untuk muncul pencabar liga musim ini, atau mungkin sekadar mencabar kedudukan pertengahan liga.

Advertisement

Must Watch Video