Kejayaan Skuad bawah 23 tahun Malaysia mencipta 1 kemenagan dan 2 seri sudah pasti melegakan pengendalinya Dato Ong Kim Swee dalam persiapan menghadapi Piala Asia Bawah 23 di China bulan depan.
Ia mengambarkan bahawa pemain-pemain dibawah kendaliannya telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Itu yang diharapkan oleh peminat-peminat bola sepak tanah air dimana ingin melihat kejayaan yang lebih baik dicipta olehh pemain-pemain bawah 23 tahun ini.
Setelah berjaya memasuki pusingan akhir secara merit ia membawa harapan baharu tentang masa depan bola sepak negara memandangkan skuad senior negara sedang menghadapi cabaran yang sungguh sukar apabila kedudukan ranking dunia semakin menurun.
Advertisement
Dengan bakat-bakat pemain muda ini seperti Syamer Kutty Abba,Nor Azam Abdul Azih, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Hadi Fayyad Abdul Razak dan beberapa nama lagi mampu membawa perubahan dan membawa kejayaan dalam bola sepak negara.
Ketika ini pemain-pemain muda ini perlu bijak dalam mengawal pergerakan diri mereka baik diluar dan didalam padang sebelum menghadapi cabaran sebenar nanti. Pemain-pemain ini perlu memberikan fokus mereka kepada latihan dan perancangan yang telah diatur oleh jurulatih mereka.
Sementara barisan kejurulatihan pula bolehlah mengkaji pesaing-pesaing skuad bawah 23 tahun ini untuk mencari kelemahan dan kekuatan lawan mereka apabila bermula pertandingan itu nanti. Namun ini bukan tugas yang mudah kepada pengendali skuad bawah 23 tahun ini kerana Ong Kim Swee memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama dari badan induk bola sepak negara dan peminat-peminat bola sepak tanah air.
Sama-samalah kita berdoa agar pemain-pemain muda ini akan peroleh kejayaan dan dapat menyiapkan diri mereka dengan tenang dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan selain tidak banyak berfikir tentang masalah-masalah diluar bidang mereka. Tiada jalan yang mudah untuk mereka mecipta kejayaan tetapi kejayaan itu boleh datang dengan semangat kekeluargaan yang utuh dan fokus pada latihan serta komitmen pada negara itu lebih penting. Selamat maju jaya pada skuad bawah 23 tahun negara.