Ramai yang memuji aksi pelumba negara yang sedang meningkat naik ketika ini Azroy Hakeem dalam siri perlumbaan FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) terutamanya pada pusingan perlumbaan yang baru saja berakhir Ahad lalu di Litar Antarabangsa Sepang.
Dalam pusingan perlumbaan itu, Azroy berjaya merangkul gelaran juara bagi kedua-dua sesi perlumbaan iaitu perlumbaan satu dan dua, sekali gus menafikan saingan musuh utamanya Hafizh Syahrin yang mendapat sokong padu rata-rata peminat yang hadir selama dua hari di SIC.
Namun, dalam masa yang sama kita juga harus memuji semangat dan minat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang sanggup hadir ke Sepang dari seluruh pelusuk negara untuk turut sama memeriahkan suasana selain memberi sokongan kepada pelumba kegemaran mereka.
tetapi sayangnya, kemeriah saingan perlumbaan ARRC terlalu jauh jika dibandingkan dengan siri-siri perlumbaan besar lain yang menyajikan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik buat pengujung di SIC, Sepang.
Memang jika dinilai dari sudut taraf dan prestij kejohanan, ARRC tidaklah segah MotoGP ataupun seangkatanya, namun peminat perlumbaan sukan dua roda di negara ini akan tetap turun untuk menyaksikan perlumbaan yang ada apatah lagi sekiranya ada pelumba negara yang beraksi.
Mungkin sudah tiba masanya pihak penaja yang besar turut melihat kerjasama bersama penganjuran ARRC sesuatu yang berbaloi untuk dilaburkan buat masa ini.
Pemerhatian pada siri perlumbaan ARRC hujung minggu lalu mendapati bahawa siri perlumbaan ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk menarik minat pengunjung namun malangnya kebanyakan peminat yang hadir hampa dengan kemeriahan yang ditawarkan.
Bahkan booth jualan yang ada juga sangatlah sedikit malah hanya sekitar 5-6 gerai sahaja, itu pun sudah dicampur antara gerai jualan air dan makanan serta booth pasukan yang menyertai kejuaraan ARRC.
Apa yang lebih menyedihkan lagi pengunjung sepatutnya menikmati sisi pandang terbaik aksi perlumbaan tersebut di lokasi Grand Stand memandangkan yuran kemasukan adalah percuma, tetapi agak hampa kerana tempat duduk yang disediakan berada dalam keadaan yang terlalu kotor menyebabkan tidak semua penonton yang memilih untuk berada di situ.
Situasi itu menyebabkan kebanyakan penonton terus pulang sebaik beakhirnya kategori utama iaitu 1000cc berakhir tanpa ada peluang lain untuk melakukan apa-apa aktiviti lain.
Seandainya lah ada penawaran aktiviti sampingan lain yang menarik, tentunya siri perlumbaan ARRC akan menerima kunjungan yang lebih ramai dari seluruh peminat sukan permotoran di negara ini.
Rencana oleh:
King Hisham

Gerai jualan dan booth yang mungkin perlu diperbanyakkan oleh pihak penganjur untuk menarik lebih ramai penonton di SIC Sepang! @ASTROARENA#ARRC pic.twitter.com/rma75WXa6k
— Raja Hisyam (@KingHisyam79) June 3, 2025
Memang jika dinilai dari sudut taraf dan prestij kejohanan, ARRC tidaklah segah MotoGP ataupun seangkatanya, namun peminat perlumbaan sukan dua roda di negara ini akan tetap turun untuk menyaksikan perlumbaan yang ada apatah lagi sekiranya ada pelumba negara yang beraksi.
Mungkin sudah tiba masanya pihak penaja yang besar turut melihat kerjasama bersama penganjuran ARRC sesuatu yang berbaloi untuk dilaburkan buat masa ini.
Pemerhatian pada siri perlumbaan ARRC hujung minggu lalu mendapati bahawa siri perlumbaan ini sebenarnya mempunyai potensi yang besar untuk menarik minat pengunjung namun malangnya kebanyakan peminat yang hadir hampa dengan kemeriahan yang ditawarkan.
Bahkan booth jualan yang ada juga sangatlah sedikit malah hanya sekitar 5-6 gerai sahaja, itu pun sudah dicampur antara gerai jualan air dan makanan serta booth pasukan yang menyertai kejuaraan ARRC.
Apa yang lebih menyedihkan lagi pengunjung sepatutnya menikmati sisi pandang terbaik aksi perlumbaan tersebut di lokasi Grand Stand memandangkan yuran kemasukan adalah percuma, tetapi agak hampa kerana tempat duduk yang disediakan berada dalam keadaan yang terlalu kotor menyebabkan tidak semua penonton yang memilih untuk berada di situ.
Perlumbaan FIM ARRC sememangnya memiliki peminatnya tersendiri dan kualiti penganjuranya mungkin boleh dipertingkatkan lagi! @ASTROARENA#ARRC pic.twitter.com/J2zdobo71U