Skip to main content

Rencana

Simeone tetap Simeone!

diego-simeone-2.jpg
Sama ada sebagai pemain atau pun pengurus, Diego Simeone tetap menjadi Simeone yang sama! 

Bekas ketua pasukan Argentina itu terkenal dengan kelantangannya di atas padang dan peribadi yang sama yang dibawa selaku pengurus pasukan.

Pada saat pasukannya berjaya mengalahkan pihak lawan, Simeone terkenal gaya meraikan secara berlebihan yang dilihat sebagai provokasi kepada pasukan lawan, akan tetapi apabila tewas, provokasi tetap juga dilakukan.





Atletico Madrid tewas kepada RB Leipzig yang sekaligus memadamkan harapan mereka untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. Jadi, sejurus selepas perlawanan, Simeone mengatakan tekanan dan intensiti musim yang panjang memberikan kesan negatif kepada pasukannya.

Bagaimanapun beliau tetap memberikan pujian kepada anak-anak buahnya dengan mengatakan pencapaian tempat ketiga di liga dan suku akhir Liga Juara Juara Eropah adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Atletico Madrid adalah sebuah pasukan yang terkenal dengan melahirkan penjaga gol dan penyerang yang berwibawa. Lihat saja David De Gea, Thibaut Courtois, Fernando Torres mahupun Diego Costa, kesemua mereka pernah menabur bakti di Atletico Madrid sebelum menyertai kelab yang lebih besar.

Penulis bukanlah peminat tegar La Liga, tetapi selaku antara liga yang terbaik di dunia, Atletico Madrid merupakan sebuah kelab yang baik dan cemerlang berdasarkan kewangan yang mereka miliki.




Bukan sebuah kelab yang mewah seperti Real Madrid, dan bukan kelab yang popular seperti Manchester United, Atletico Madrid tetap mampu berdiri sebaris mereka. Lihat saja pencapaian mereka meranapkan impian Liverpool musim ini dalam saingan Liga Juara Juara Eropah!

Bercakap kembali mengenai Diego Simeone, penulis masih teringat kontroversi di Piala Dunia 1998 dimana David Beckham dilayangkan kad merah gara-gara Diego Simeone.

Beliau yang membimbing Atletico Madrid sejak 2011 kini merupakan antara pengurus yang paling lama membimbing kelab hebat di eropah. Disaat pasukan lain kerap bertukar-tukar jurulatih, Simeone terus tenang mengekalkan kedudukannya.

Pernah pada satu masa, beliau dikaitkan dengan Manchester United di saat United sedang mengalami krisis prestasi, tetapi perbezaan ideologi menyaksikan perkara itu tidak berlaku.

Advertisement

Must Watch Video