Musim lalu, saya memang sukar menerima hakikat, Liverpool terlepas peluang keemasan menjadi juara liga, namun kesedihan itu dibalut dengan kegembiraan The Reds memenangi Liga Juara-Juara Eropah.
Kehampaan Liverpool daripada musim lalu dibawa hingga musim ini dan mereka berada dalam kelas tersendiri, masih belum tewas di pentas liga domestik dan hanya mencatat satu keputusan seri berdepan Manchester United di Old Trafford, Oktober lalu.
Menjulang trofi Liga Perdana Inggeris adalah keutamaan the Reds musim ini dan apa yang menarik ialah Virgil van Dijk, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah belum lagi lahir sejak kali terakhir Liverpool dinobatkan juara liga.
Penyokong setia Liverpool semua inginkan hanya kejuaraan liga, namun secara hakikatnya Liverpool berpeluang bergelar pemenang treble musim ini, Piala FA, Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris, pencapaian yang dinikmati United sekitar 1998/1999.
Untuk mendapat gelaran sebagai pasukan paling hebat masa ini, Liverpool perlu juga fokus dalam mengecapi kejayaan hatrik seperti The Red Devils ketika era dahulu.
Selain itu, Klopp juga perlu hentikan rungutan mengenai kalendar Liga Inggeris yang padat dan alihkan tumpuan kepada saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara kerana hanya lima kemenangan dalam EPL, Liverpool sudah boleh tarik nafas lega dan cipta sejarah baru.