Perlumbaan siapa bakal merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Liverpool kian hangat memandangkan masing-masing tidak mencicirkan sebarang mata.
Namun, baki dua lagi slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan tampak menampilkan kisah berbeza.
Tottenham Hotspur, Arsenal, Chelsea dan Manchester United seolah-olah tidak mahu merebut kedudukan ketiga atau keempat tatkala mereka mudah melepaskan peluang keemasan untuk mendaki carta liga.
Peluang United untuk naik ke tangga keempat dilihat musnah Ahad lalu apabila dibelasah Everton 4-0 di Goodison Park, namun harapan kembali bernyala susulan kekalahan 3-2 yang dialami The Gunners ketika melayan kunjungan Crystal Palace di Emirates.
Dua keputusan itu membayangkan Chelsea bakal memintas Spurs di tangga ketiga selepas anak buah Mauricio Pochettino itu tunduk 1-0 di tangan City, Sabtu lalu, memandangkan The Blues hanya perlu melayan kehadiran pasukan di tangga ke-15, Burnley.
Bagaimanapun, jaringan daripada Jeff Hendrick dan Ashley Barnes awal pagi tadi menyebabkan peminat di Stamford Bridge terpaksa menelan hakikat bahawa Chelsea juga seperti mahu ‘menolak’ tiket ke Liga Juara-Juara.
Antara empat pasukan itu, United pastinya melalui situasi paling tertekan.

Pertama, hanya kelompok empat teratas mampu membawa mereka ke pentas tertinggi Eropah musim depan sambil Spurs, Arsenal dan Chelsea berupaya mengesahkan slot sekiranya menjuarai Liga Europa atau Liga Juara-Juara musim 2018-19.
Kedua, anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu diibaratkan seperti peribahasa ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ kerana dalam aksi seterusnya awal pagi Khamis ini, United bakal menentang City, di mana jika menang, secara tidak langsung akan membantu seteru utama, Liverpool, terus selesa di puncak liga dan sekiranya tewas, ia memberi kepedihan berganda, iaitu tercicir daripada kedudukan empat teratas serta laungan ‘Manchester is blue’ kedengaran di bandar itu.
Melengkapkan penghujung kempen United musim ini, mereka bakal berentap dengan Chelsea hujung minggu ini, sekali gus memberi petanda bahawa United bakal melalui fasa paling penting musim ini.
Melihat kepada prestasi terkini, tidak memeranjatkan seandainya United terus mencicirkan mata tetapi tidak mustahil Spurs, Arsenal dan Chelsea turut melakukan perkara sama.
Jadi, siapa yang akan menyertai City dan Liverpool di kedudukan empat teratas?