Manchester United kini benar-benar berada dalam krisis dalaman apabila tewas 1-3 kepada West Ham United hujung minggu lalu apabila hanya mencatatkan tiga kemenangan dalam tujuh perlawanan terakhir.
Ini juga merupakan permulaan terburuk United dalam saingan liga sejak tahun 1990.
Namun, seperti biasa, “The Special One” terus menerus menyalahkan barisan pemainnya selepas tewas kepada West Ham.
Jika pada perlawanan terdahulu, Eric Bailly, Alexis Sanchez dan Paul Pogba dipersalahkan kerana aksi tidak bertenaga di atas padang dan terbaru, Anthony Martial yang diturunkan dalam kesebelaan utama menggantikan Alexis Sanchez turut menjadi mangsa kerana dikatakan tidak mampu beraksi baik sewaktu pasukan sedang bertahan.
Hubungan Jose Mourinho dengan barisan pemainnya dilihat tegang kebelakangan ini dengan desas-desus hebat kedengaran bahawa apa yang berlaku kepada Mourinho bersama pasukan Chelsea dahulu akan terjadi sekali lagi.
Beberapa bekas pemain seperti Rio Ferdinand dan Gary Neville juga sudah mula menyuarakan kebimbangan dengan prestasi United yang terumbang-ambing kebelakangan ini. Jika Ferdinand mempersoalkan kredibiliti Mourinho, Gary Neville pula menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pengurusan tertinggi kelab yang dilihat seperti tidak mampu membuat keputusan bijak.
Di sebalik cerita dalaman skuad The Red Devils, ada gosip media antarabangsa yang mengatakan bahawa Zinedine Zidane sedang dalam usaha menguasai bahasa Inggeris sebagai persiapan untuk berhijrah ke kelab di England, Betul atau tidak itu Dayang tidak pasti, namun andai gosip tersebut benar, ini adalah satu perkembangan yang menarik.
Zinedine Zidane yang sedang berehat panjang selepas meletak jawatan daripada membimbing Real Madrid dikhabarkan telah pun menolak tawaran beberapa pasukan besar, namun sudi mempertimbangkan andai Manchester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Adakah anda berasakan ini masa yang sesuai untuk pertukaran jurulatih baru? Atau Mourinho harus diberikan masa untuk membuktikan kemampuannya ?