13 Mei bukan lagi tarikh yang menakutkan, sekurang-kurangnya buat Kiki Bertens, pemain tenis yang tidak begitu popular dari Belanda apabila diangkat sebagai pemain di ranking no.4 dunia yang merupakan kejayaan terbesar dalam kariernya setakat ini.
Mungkin ia tidak kedengaran hebat dalam kalangan peminat setia Serena Williams di Malaysia, namun pemain berusia 27 tahun yang kelihatan seperti remaja sekolah ini baharu sahaja menumbangkan empat daripada 10 pemain terbaik dunia.
Simona Halep, mangsa terbaharu Kiki di pentas akhir Terbuka Madrid yang menyaksikan Kiki bukan sahaja melakukan 'comeback' memukau di set pertama, malah muncul pemain wanita pertama yang menang di sini tanpa tewas sebarang set.
Tiga lagi nama besar sukan tenis yang sudah berada dalam senarai 'knockout' Kiki adalah Jelena Ostapenko, Petra Kvitova dan Sloane Stephens.
Semua ini pastinya tidak akan tercoret dalam lipatan sejarah jika Kiki terus dengan niatnya untuk bersara pada penghujung musim 2017.
Kehidupannya murung. Perasaan cintanya pada tenis kosong. Ia melengkapkan skrip perjalanan jelajahnya yang tidak menyeronokkan langsung.
Setahun dibiarkan berlalu tanpa sebarang pencapaian peribadi, Kiki akhirnya kembali ke gelanggang dengan nafas baru.
'Kenapa' dan 'bagaimana' - Kiki lebih suka menyimpan segalanya kemas sendiri.
Apa yang pasti, dia berjaya keluar daripada belenggu perasaan seorang atlet yang berdepan tekanan tinggi yang dihadapi hampir setiap hari, berjauhan dengan keluarga dan kehidupan yang dilabel normal oleh masyarakat, mampu menjadikan seseorang itu lebih baik atau sebaliknya.
Apabila ditanya apa yang difikirkan tentang kejayaan ini, Kiki mengakui dia masih terkejut tetapi cukup bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara - muncul pemain tenis pertama Belanda yang mampu sampai ke tahap ini.
Sesungguhnya kejayaan di Madrid ini hanya pembuka jalan kepada cabaran seterusnya, terutama selepas Kiki menyertai Kvitova dalam senarai pemain jelajah yang menang kejuaraan di dua jenis gelanggang musim ini.
Mungkinkah selepas ini, 'checklist'nya untuk menawan gelanggang tanah liat Roland Garros akan menjadi kenyataan? Rasanya tidak mustahil kerana Kiki sememangnya sudah bersedia untuk mengambil risiko.