Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) memasuki saat genting - penyingkiran.
Buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 2017, penganjur (wartawan Astro Arena) memperkenalkan sistem penyingkiran selepas memperkenalkan 10 atlet terbaik musim 2019.
Undian di laman sosial cukup menggalakkan.
Baru dua minggu diperkenalkan, undian sudah melebihi 70,000 - mengatasi rekod edisi tahun lalu.
Ternyata, AJNA semakin sinonim sebagai platform yang ditunggu-tunggu peminat selepas tamat 31 Disember setiap tahun.
Apa yang menarik, perseorangan wanita negara, S. Kisona, yang tidaklah begitu terkenal tetapi berjaya mendahului undian fasa pertama.
Saingan begitu sengit dengan beberapa atlet dan perubahan takhta boleh berlaku bila-bila masa.
Menerusi AJNA, saya dapat melihat kerjasama atlet dengan kumpulan penyokong mereka.
Contohnya, atlet berbangsa India seperti Kisona, Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan) dan S. Suresh (memanah paralimpik) mendapat sokongan beberapa laman viral.
Lelaki terpantas Asia Tenggara, Mohd Haiqal Hanafi, pula menggunakan kelebihannya dengan memiliki jumlah pengikut yang ramai di media sosial untuk memancing undi.
Azizulhasni Awang (basikal trek) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) lebih bersahaja kerana pengaruh mereka di gelanggang serta laman sosial memang cukup kuat.
Persoalan selepas ini - siapa akan tersingkir?
Daripada 10 atlet terbaik, mereka yang mendapat undi terendah perlu meninggalkan AJNA 2019.
Undian boleh dilakukan di semua laman sosial Astro Arena (Instagram, Facebook, Twitter dan Google document Stadium Astro).
Jadi, tugas yang penting ialah selamatkan atlet kesayangan anda!