Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) merupakan pentas buat anak-anak muda mempamerkan bakat dan potensinya di pentas antarabangsa.
Seperti setiap temasya lain, ASG juga mempunyai pungutan pingat bagi mempertingkatkan tahap kompetitif antara negara.
ASG tahun ini melihatkan kontinjen negara menaruh harapan kepada permata baru sukan olahraga, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, bagi acara 100 meter.
Ini kerana Muhammad Azeem atau dikenali sebagai “Usain Bolt Malaysia” diiktiraf sebagai remaja terpantas di dunia untuk peringkat umur 16 tahun dalam acara 200 meter menerusi catatan 21.24 saat dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Bagaimanapun, Azeem gagal bergelar pelari terpantas ASG apabila tidak mampu meraih pingat emas dalam final acara 100 meter semalam.
Jadi, mungkin label sebagai “HERO ASG” akan berpindah kepada Khiew Hoe Yean, iaitu perenang negara yang kini sudah mengutip sebanyak empat pingat emas dan terus bersemangat untuk menambah bilangan itu.
Atlet berusia 17 tahun itu merupakan atlet paling sibuk dalam ASG kerana menyertai tujuh acara dan telah mengutip pingat emas menerusi acara 400 meter rampaian dan 200 meter gaya bebas.
Bagi Hoe Yean, tiada rahsia bagi kejayaan seperti ini, hanya perlu kerja keras dan berdisiplin tinggi.
Jadi, bagi peminat sukan tanah air, adakah Hoe Yean berhak menjadi Hero ASG 2019?