Kecoh benar kes Ketua Jurulatih Terjun Negara, Yang Zhuliang.
Netizen melontarkan reaksi negatif di media sosial terutama apabila Institut Sukan Negara (ISN) gagal menangani kes ini dengan baik.
Keadaan lebih rumit apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Majlis Sukan Negara (MSN) mengeluarkan reaksi berbeza mengenai punca sebenar pengendali kelahiran China itu tidak disambung kontrak.
Dalam pelbagai dakwaan berbeza itu, kita dapat lihat bagaimana pegawai sukan negara mengendalikan sesuatu isu.
Saya lihat perkara ini cuma seorang jurulatih yang tidak disambung kontrak.
Ia hanya isu normal dan biasa berlaku terhadap pemain, jurulatih dan pengurus bola sepak. Setiap tahun ada saja yang tidak disambung kontrak.
Masalah berlaku apabila pegawai agensi kerajaan mengeluarkan komen berbeza dan tidak masuk akal mengenai punca masalah ini.
'Old school', gagal menghalang budaya buli, mewujudkan budaya ketakutan dan ditawarkan tugas lain - situasi yang mengelirukan rakyat Malaysia.
Mengapa tidak panggil Zhuliang ke pejabat, terangkan sebab penamatan kontrak (mengikut notis) berjabat tangan dan ucap terima kasih kerana bantu Malaysia?
Masalah timbul apabila dakwaan tidak masuk akal hingga memaksa Zhuliang mempertahankan diri.
Situasi makin kusut apabila juara dunia, Cheong Jun Hoong pula tampil menyokong jurulatihnya dengan mendakwa tiada suasana ketakutan dalam skuad negara. Siapa yang betul?
Saya hanya sempat bercakap dengan Zhuliang sebelum beliau mematikan telefon bimbit.
"Saya tertekan dan sakit dada. Mengapa mereka lakukan perkara ini?" katanya.
Saya sempat meminta beberapa pegawai dan bekas penerjun mengadakan sambutan Krismas untuk Zhuliang memandangkan beliau tinggal sendirian
di Sri Petaling, Kuala Lumpur tetapi beliau gagal dihubungi.
Saya tidak menyokong kes rogol atau doping yang menimpa skuad terjun negara.
Tetapi, mengapa isu seperti ini gagal ditangani dengan cermat?
Zhuliang bukan jurulatih biasa, beliau sudah banyak berkorban untuk Malaysia.
Kita sudah hilang ramai jurulatih terbaik seperti Paul Revington (hoki), Rexy Mainaky (badminton), Claude le Roy (bola sepak) dan ramai lagi.
Cuma masa yang akan menentukan siapa betul, siapa salah.