Skip to main content

Rencana

Seperti Pandelela, Nicol tidak keseorangan

pandelela-010617.jpg
Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik. 

Untuk mempertahankannya lebih mencabar.

Tekanan merupakan lumrah dalam karier atlet elit. 

Anak Sarawak, Pandelela Rinong Anak Pamg menjadi selebrati sukan apabila dia muncul wanita Malaysia pertama merangkul pingat Olimpik apabila membutirkan pingat gangsa sukan terjun 10 meter platform di London 2012.

Pelbagai ganjaran dan tawaran diberikan kepada gadis Bidayuh 24 tahun ini dan menjadi atlet wanita kegemaran pihak media. 

Ada baik dan buruknya dimana tumpuan itu bermakna Pandelela perlu memikul tanggung jawab mencatat prestasi terbaik acap kali kerana kemampuannya sentiasa dibandingkan dengan para penerjun terbaik di dunia. 

Adakala tertekan dan berat bahu memikul ekspektasi rakyat Malaysia, namun rakan sepasukan, Cheong Jun Hoong yang berganding bahu bersama Pandelela untuk menghadiahkan pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama Sukan Olimpik 2016 Rio meredakan segala tekanan itu.

“Saya gembira Jun Hoong menjadi Juara Dunia. Sebenarnya saya berasa lega kerana jika tidak saya seorang sahaja yang diharapkan untuk menang,” luah Pandelela yang merangkul pingat gangsa bersama Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama tetapi kecewa di tempat ke 9 dalam acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia 2017, Hungary.

Antara atlet elit lain yang memang kenal erti tekanan dan mendapat tumpuan media kerana berstatus selebrati sukan ialah Juara Dunia 8 kali dan pemain yang pernah berada di kedudukan nombor 1 dunia selama 9 tahun, Nicol David. 

Tidak pernah dikalahkan oleh pemain Asia sejak 15 tahun lalu, pemain dari Pulau Pinang ini akhirnya dijinakkan oleh wakil dari Hong Kong, Joey Chan di separuh akhir Sukan Dunia 2017, Poland. 

Juara 3 kali Nicol pada usia 33 tahun akur sudah tiba masanya rakan sepasukan lain berkongsi tanggung jawab untuk menaikkan jalur gemilang di peringkat dunia. 

Sedikit sebanyak impian Nicol terjawab apabila pasukan remaja wanita negara mendapat perhatian ramai setelah mara ke final berpasukan remaja wanita di Kejohanan Remaja Dunia, New Zealand.

S.Sivasangari, Andrea Lee, Zoe Foo dan Aifa Azman bintang muda negara serta pelapis Nicol, tumpas kepada gergasi skuasy dunia, Mesir yang mencatat kejuaraan dunia berpasukan remaja wanita buat kali ke 8. 
Setiap hari liputan media di televisyen seperti Astro Arena saluran 802HD/801 dan laporan di dada akhbar utama melaporkan perkembangan skuad skuasy remaja negara sudah pasti memberi ruang kepada Nicol untuk fokus kepada perjuangannya tanpa rasa tertekan. 

Seperti Jun Hoong, pasukan remaja skuasy negara akan disambut di KLIA sebagai wira dan wirawati negara. 

Pandelela dan Nicol sudahpun melalui dan mendapat tumpuan sebegitu. 

Kali ini biarlah yang lain dijulang. 

Advertisement

Must Watch Video