Skip to main content

Rencana

Separuh akhir UCL, siapa layak ke final? (Bahagian 1)

2019_ucl.jpg
Tottenham Hotspur, Ajax Amsterdam, Barcelona dan Liverpool.

Empat pasukan ini adalah kelab yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kelibat Barcelona dan Liverpool mungkin telah dijangka lebih awal, Barcelona atas kredibiliti sebagai antara pasukan terbaik di dunia dan Liverpool pula dengan persembahan baik dalam saingan liga selain finalis musim lalu.

Kejutan yang berlaku adalah kehadiran Tottenham Hotspur yang berjaya mengetepikan Manchester City dan juga Ajax Amsterdam yang menumbangkan gergasi Itali, Juventus.

Penulis percaya, pertembungan di antara Barcelona dan Liverpool seharusnya menjadi final impian ramai andai undian tidak menemukan mereka dalam separuh akhir.

Kedua-dua pasukan pasti mahu menebus kegagalan merangkul kejuaraan UCL musim lalu dengan Barcelona terkandas dalam suku akhir manakala Liverpool tumpas dalam final kepada Real Madrid.

Penulis secara peribadi berasakan peluang seimbang buat kedua-dua pasukan ini. Barcelona cukup bertenaga dalam aksi suku akhir dan dengan mudah mengetepikan Manchester United.

Keupayaan individu yang dimiliki pemain mereka bermula daripada Marc-Andre ter Stegen hinggalah Luis Suarez, ditambah keupayaan luar biasa Lionel Messi, menyaksikan ruang yang begitu berbeza dengan pemain The Red Devils.

Namun, perkiraannya pasti berbeza jika berdepan Liverpool. Prestasi semasa pemain The Reds, terutama gandingan Virgil Van Dijk-Andrew Robertson-Trent Alexander-Arnold tentunya tidak akan memberi laluan mudah buat Messi, Suarez dan Philippe Coutinho. Trio Sadio Mane-Roberto Firmino-Mohamed Salah pula pasti akan memberikan tentangan berbeza kepada Gerard Pique, Sergi Roberto dan Jordi Alba.

Sedikit kelebihan yang dimilki Barcelona mungkin di bahagian tengah, di mana ia akan menjadi pusat penguasaan bola mereka.

Bukan lagi rahsia apabila penguasaan bola akan menjadi senjata utama skuad The Catalans itu, terutama apabila sudah mendahului.

Namun, kelebihan beraksi di laman sendiri dalam perlawanan kedua pasti dimanfaatkan Jurgen Klopp, seperti mana AS Roma yang menang 4-0 ke atas Barcelona musim lalu.

Jangkaan peribadi penulis. Barcelona akan ke perlawanan akhir berdepan… (bersambung)

Advertisement

Must Watch Video