RENCANA
Senyuman pengorbanan Shahrel Fikri
Ketika penulis mengikuti perkembangan Liga Malaysia sepanjang 2017 penulis mula tertarik dengan perwatakan dan permainan penyerang muda PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri, yang menunjukan aksi yang konsisten serta kreatif selain mempunyai teknik, ketenangan dan ketajaman untuk menjaringkan gol.
Dengan kualiti yang dimiliki itu membuat penulis berfikir dalam diri sendiri bagus sekiranya bakat dia dapat dikembangkan di liga luar negara dimana liga yang lebih kompetatif demi kemajuan dirinya dan bola sepak Malaysia.
Setelah dinobatkan sebagai pemenang penyerang terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 penulis terus memantau perkembangan Shahrel Fikri sehingga pusingan pertama Liga Super 2018 dan suku akhir Piala FA.
Iklan
Walaupun pada awal liga Shahrel Fikri mengalami kecederaan yang agak serious penulis tidak panik dan terus memantau kerana penulis yakin yang Shahrel boleh bangkit dan telah dibuktikanya dengan melakukan sembilan jaringan dalam Liga Malaysia tahun ini.
Dengan persembahan yang konsisten itu penulis yakin sudah tiba masanya Shahrel Fikri perlu berkelana diluar untuk terus menimba pengalaman dan meningkatkan prestasi diri lebih tinggi selain mampu berada bersama skuad Malaysia nanti dalam mengharungi Piala AFF.
Ketika penulis ingin menghubungi rakan penulis di negara luar untuk mencari jalan bagaimana untuk memasarkan dan mencari pasukan buat Shahrel Fikri, secara tiba-tiba rakan penulis En. Addul Halim, dari Offside Sport Asean telah menghubungi dan menanyakan tentang Shahrel Fikri.
Tanpa berselindung penulis telah menyatakan Shahrel Fikri telah bersedia untuk dipasarkan dan dari situlah bermulanya detik pencarian pasukan untuk Shahrel Fikri.
Tidak sampai sebulan penulis dan Halim berkomunikasi dan akhirnya penulis dihubungi kembali Halim yang sebuah pasukan dari Liga 1 Thailand berminat untuk mendapatkan khidmat Shahrel Fikri.
Ketika ini persoalan demi persoalan bermain difikiran penulis, apakah Shahrel Fikri akan mengambil peluang dan menyahut cabaran ini? Sedangkan penulis tidak pernah berkomunikasi dengan Shahrel Fikri sendiri apatah lagi menawarkan diri penulis untuk menjadi agen kepada diri beliau dalam mencari pasukan diluar negara.
Akhirnya, penulis dengan beranikan diri menghubungi jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, untuk menyatakan hasrat sebuah kelab di Liga 1 Thailand iaitu Nakhon Ratchasima FC membuat tawaran untuk Shahrel Fikri walaupun penulis agak risau apakah jurulatih PKNP FC itu bersikap terbuka atau sebaliknya memandangkan pada ketika itu PKNP FC sedang membuat persiapan untuk saingan separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang.
Tetapi apa yang difikirkan penulis adalah jauh beza sekali dengan tanggapan penulis, jurulatih itu begitu positif dan terbuka dan memberi kerjasama yang baik kepada penulis untuk berbincang tawaran yang diberikan kepada Shahrel Fikri dan perbincangan di antara jurulatih dan anak buahnya itu begitu positif juga dan akhirnya Shahrel Fikri menyahut cabaran dan menerima tawaran yang diberikan.
Apa yang penulis ingin kongsikan disini bukanlah pasal kejayaan diri penulis membawa seorang bakat muda Malaysia berkelana diluar negara sebaliknya sikap yang ditonjolkan oleh Shahrel Fikri, Abu Bakar dan pengurusan tertinggi PKNP FC itu.
Walaupun dalam setuasi yang genting bagi sebuah kelab ketika menghadapi sesuatu perlawanan yang amat penting dalam satu kejohanan dimana hanya selangkah sahaja lagi kelab itu mencipta sejarah tersendiri tetapi itu semua diketepikan oleh mereka-mereka ini.
Di mana mereka memikirkan kemajuan diri pemain dan masa depan bola sepak negara. Ketika mula-mula penulis menghungi Abu Bakar, jurulatih itu begitu positif dengan tawaran itu dan terus berbincang dengan Shahrel Fikri dan pengurusan PKNP FC dan akhirnya persetujuan dicapai.
Sementara itu, bagi diri Shahril Fikri pula dia begitu teruja dan tenang dengan tawaran diterima sebaliknya beliau punya sikap yang positif dan ingin berjaya dalam kerjaya.
Must-Watch Video



