Demam yang sekian lama menyelubungi peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) akhirnya kebah pada 13 Ogos lalu dan setelah tiga perlawanan berlalu, segala ramalan awal nampaknya jadi kenyataan.
Setelah menamatkan perjuangan pada musim lalu dengan nota mengecewakan, tindakan Manchester United, Chelsea dan Manchester City yang mengambil nakhoda baharu mengharungi arus perjuangan EPL setakat ini berbaloi.
Ketiga-tiga pasukan berada di kemuncak liga menerusi tiga kemenangan bersih, satu amaran awal yang perlu diambil serius pencabar lain terutama juara bertahan, Leicester City serta dua pasukan lain seperti Liverpool, Arsenal dan Tottenham Hotspur.
Memulihkan maruah yang tercalar sudah tentu menjadi motivasi tambahan Jose Mourinho selepas dia dipecat oleh pasukan lamanya, Chelsea dalam keadaan memalukan bila The Blues sekadar berada di anak tangga ke-16 liga.
Bersama Manchester United, ini umpama talian hayat kedua buat pengurus dari Portugal ini membuktikan dia masih `The Special One' dan berdasarkan bukti pembelian dilakukan sebelum bermula musim 206/17, Mourinho jelas bernafsu tinggi.
Seperti kelapa tua yang masih ada santannya, Zlatan Ibrahimovic, yang menginjak usia 34 tahun, mungkin boleh menjadi faktor keghairahan terbaharu The Red Devils yang bagaikan layu beberapa musim sebelum ini.
Namun paling menggilakan ialah pembelian semula bekas pemain mereka, Paul Pogba dengan rekod perpindahan termahal, 89 juta pound..satu jumlah yang tidak masuk akal namun Mourinho jelas mahu memberikan mesej tersendiri kepada semua pencabar iaitu dia benar dahagakan kejayaan kali ini.
Berbeza dengan kelab yang ditinggalkannya dalam keadaan terkontang -kanting musim lalu, Chelsea juga tidak mahu duduk diam dan kehadiran pengurus berprofil tinggi dari Itali, Antonio Conte.
Bekas pengurus Itali Euro 2016 serta pernah membawa kejayaan hatrik Serie A buat Juventus ini, jangan dipandang enteng sama sekali kerana ada karisma tersendiri dalam kalangan pemain.
Ketika Mourinho galak mencari pemain-pemain ternama, Conte pula lebih gemar mencari pemain yang bersesuaian taktikalnya iaitu 3-5-2 seperti N'Golo Kante dari Leicester City dan bekas penyerang Marseille, Michy Batshuayi.
Paling mengagumkan, bagaimana Conte bijak gunakan potensi yang ada pada Eden Hazard yang begitu tenggelam ketika di bawah kendalian Mourinho.
Pep Guardiola, satu nama yang rasanya tidak perlu diperkenalkan pada kaca mata pemerhati bola sepak antarabangsa selepas kemasyhuran yang dicipta di Barcelona dan Bayern Munich.
Bayangkan daripada tujuh musim mengendali kedua-dua pasukan, dia hanya dikecewakan sekali sahaja bergelar naib juara Liga iaitu pada 2011/12 iaitu ketika bersama Barcelona.
Kini, bersama The Citizens, dia memiliki segala-galanya, bukan sahaja barisan sedia ada yang cukup mantap malahan dana yang kukuh membeli sesiapa sahaja pemain dimahukan.
Leroy Sane, Claudio Bravo, John Stones, Nolito dan Ilkay Gundogan merupakan pembelian cukup baik buat Guardiola, bukan sahaja untuk bersaing dalam EPL tetapi di Liga Juara-Juara.
Buat Jurgen Klopp, Arsene Wenger dan Mauricio Pochettino, berhati-hatilah aura kehadiran Mourinho(M), Conte(C) dan Guardiola (G) ini pasti membuatkan ramai akan melupakan anda bertiga.