Antonio Conte berkata rasa meluat Jose Mourinho terhadapnya turut dikongsinya ke atas pengurus Manchester United itu.
Kedua-dua bos pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu saling berbalas kata-kata kesat sejak Tahun Baru selepas Mourinho mencadangkan dia tidak berasakan perlu untuk berlagak seperti badut ketika berlangsungnya perlawanan, mengguris hati Conte.
Komen sedemikian mencetuskan perang mulut di antara kedua-duanya hingga Mourinho menimbulkan kembali penggantungan Conte kerana kegagalan melaporkan satu perbuatan mengatur perlawanan – dia kesudahannya dibersihkan daripada sebarang salah laku – dan pengurus berbangsa Itali itu menggelar bos United itu “seorang yang kerdil dan palsu”.
Mourinho mencadangkan sengketa kedua-duanya ditamatkan Jumaat lalu apabila dia mengatakan bahawa dia telah melukakan hati Conte dan mengakui wujudnya rasa “meluat” terhadap rakan sejawatannya itu.
Ditanya mengenai komen terbaru Mourinho susulan keputusan seri tanpa jaringan dengan Leicester kelmarin, Conte menjawab: “Saya fikir saya mahu menghentikan sengketa ini.
“Tapi ia (rasa meluat Mourinho) adalah sama dengan apa yang saya rasa. Tapi saya tidak bimbang. Saya masih tidur dengan nyenyak sekali.”
Terdahulu, pada Jumaat lalu, Mourinho yang baru kembali bersama pasukannya daripada latihan cuaca panas di Dubai, bersasa tercabar untuk sekali lagi menyerang Conte.
“Kali pertama dia menghina saya, saya membalasnya dengan jawapan yang saya tahu benar-benar membuat hatinya terluka.
“Kemudian, dia menghina saya buat kali kedua, tapi sekarang saya dah berubah. Sekarang saya hanya rasa meluat dan bagi saya, meluat bermakna berakhirnya cerita ini.”
Ditanya mengenai komen “meluat” Mourinho sejurus usai perlawanan seri tanpa jaringan dengan Leicester, Conte mengungkapkan: “Saya fikir saya katakan saya akan berhentikan cerita ini. Cuma saya juga berasa meluat dengannya (Mourinho). Saya tidak tahu jika dia bermaksud kepada saya.”
Dalam pada itu, bekas pengurus England, Fabio Capello, menganggap sengketa Mourinho dan Conte telah terkeluar daripada batasan sambil menambah pengurus Chelsea itu harus lebih bijak untuk mengelak bertegang leher sedemikian.
Mengakui terkejut dengan sejauh mana sengketa itu telah menular, Capello bagaimanapun mengakui Mourinho mempunyai sejarah panjang dalam pertelingkahan sesama pengurus.
“Saya fikir Conte tidak sedar dengan siapa dia pilih untuk berperang mulut,” katanya kepada Sky Sport Italia.
"Baju Chelsea yang sebenarnya menaikkan semangat pengurusnya. Masih ingatkah bagaimana bersemangatnya Mourinho ketika dia pengurus Chelsea?
“Conte hanya melakukan apa yang Mourinho biasa buat. Kita semua ingat bagaimana Mourinho melutut di tengah-tengah padang, dengan berlari ke hulu ke hilir apabila pasukannya menang.
"Dalam sengketa ini, kedua-duanya seakan-akan hilang akal. Saya tidak terfikir ia akan sampai ke peringkat ini.
“Tapi haruslah diingat apabila anda berperang mulut dengan Mourinho, dia sangat pintar dalam perdebatan. Barangkali juga sekali lagi dia mahu mengalihkan tumpuan daripada pasukannya.
"Saya sangat mengenali Mourinho dan saya fikir dia sedang berasa cemas.
“Jurang mata di antara United dan City sangat luas dan ini boleh membuat dia berasa gemuruh,” kata Capello lagi.
Nampaknya, bukanlah Conte yang harus sangat dipersalahkan pada ketika Mourinho dikenali seorang kaki gaduh yang akan melakukannya atas apa pun alasan atau tujuan.
Apapun, perhitungan kedua-dua pasukan, atau lebih tepat lagi di antara kedua-dua pengurus, di Old Trafford pada 25 Februari nanti, semakin tidak sabar dinantikan.