Tiada jalan damai
Bahang sengketa di antara Jose Mourinho dan Antonio Conte mencapai paras mendidih apabila pengurus Manchester United itu menimbulkan kembali skandal mengatur keputusan perlawanan yang pernah membelenggu rakan sejawatannya di Chelsea itu ketika bersama kelab Itali, Siena, pada musim 2010-2011.
Conte pernah dituduh gagal melaporkan skandal mengatur perlawanan oleh Filippo Carobbio, seorang bekas pemain Siena yang menghadapi tuduhan terbabit secara besar-besaran.
Walaupun Conte, melalui peguamnya, menafikan semua tuduhan berkenaan, dia tetap dikenakan penggantungan 10 bulan.
Hukuman itu kemudian disingkatkan kepada empat bulan dan kesudahannya Conte dibebaskan daripada semua pertuduhan dan dibersihkan daripada sebarang salah laku.
“Apa yang tidak pernah berlaku kepada saya – dan tidak akan berlaku – ialah digantung kerana mengatur perlawanan,” kata Mourinho dalam satu sidang media seperti dilaporkan oleh BBC.
Ia tidak mengambil masa lama untuk Conte bertindak balas dengan menggelar Mourinho “seorang yang kerdil dengan profil yang sangat rendah”.
“Siapa yang tidak tahu hal sebenarnya? Dia seorang yang penuh kepalsuan,” bentaknya terhadap pengurus United itu.
Tapi, pertikaman lidah mereka tidak berakhir setakat itu.
Eladio Parames, yang dipetik sebuah penerbitan Sepanyol, Marca, sebagai seorang sahabat karib Mourinho, menulis satu surat terbuka di dalam kolumnya dalam sebuah akhbar Portugis, Record.
Parames mengingatkan Conte mengenai tempoh bermainnnya sebagai pemain tengah bersama Juventus pada musim 1995-1996 – satu tempoh ketika timbulnya tuduhan bahawa pemain-pemain kelab itu mengamalkan doping bahan terlarang perangsang prestasi EPO (Erythropoietin).
Kes itu dibicarakan pada 2004 dan pegawai perubatan kelab, Riccardo Agricola, dijatuhkan hukuman penjara yang ditangguhkan atas kesalahan memberikan pemain-pemain dadah perangsang. Dia bagaimanapun dibebaskan setahun kemudian atas rayuan.
“Encik Conte, tahukah anda apa itu EPO?” kata Parames dalam surat terbukanya. “Analisisnya adalah di luar sebarang keraguan.”
Parames berkata Conte mungkin telah menafikan tuduhan mengatur perlawanan tapi beliau gagal membersihkan diri daripada reputasi sebagai seorang yang terbabit dengan perkara-perkara meragukan.
25 Februari akan menjadi satu perhitungan
Situasi itu hanya memuncakkan kemarahan Conte yang berang terhadap Mourinho kerana membangkitkan satu kes yang mana beliau (Conte) telah dibersihkan sepenuhnya.
“Bilakah perlawanan menentang United?” soal Conte kepada BBC Radio 5 Live sebelum melontarkan cabaran: “Kami berdua boleh bertemu dalam sebuah bilik untuk cuba menjelaskan mengenai komen-komen ini.
“Saya tidak tahu jika dia bersedia untuk berdepan dengan saya dalam sebuah bilik, hanya dia dan saya.”
Conte harus tidak perlu menunggu lama.
Chelsea akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan Liga Perdana menentang United pada 25 Februari depan.
Satu perkara adalah pasti – perlawanan itu, dengan segala latar belakang sengketa di antara kedua-dua pengurusnya, akan menjadi perlawanan melunas dendam yang terbesar pernah disaksikan dalam Liga Perdana Inggeris untuk tempoh lebih satu dekad.
Barangkali lebih besar daripada hari-hari gemilang silam.
(BERSAMBUNG)