Sedari awal, mungkin persoalan yang harus ditanya ialah dengan siapa Jose Mourinho tidak pernah bergaduh sepanjang kariernya selaku pengurus?
Namun, sengketa terbaru berpanjangannya dengan pengurus Chelsea, Antonio Conte, barangkali mengatasi semua yang terdahulu, dengan kedua-duanya berikrar berpatah arang berkerat rotan -- menuduh satu sama lain mengalami gangguan mental.
Permusuhan mereka sudah sampai ke tahap Conte mencabar Mourinho untuk bertumbuk dengan pertanyaan jika pengurus berbangsa Portugis itu mahu bersendirian dengannya dalam sebuah bilik untuk masing-masing melepaskan geram.
Rentetan terbaru itu sekadar menambah perisa menjelang kunjungan Chelsea ke Old Trafford, 25 Februari depan, hingga menjadikan ia satu pertemuan yang amat dinanti-nantikan.
Hairannya, dua daripada pengurus paling dihormati dalam bola sepak dunia telah bertukar-tukar serangan mulut laksana dua peninju mabuk sebelum satu pertarungan merebut taling pinggang kejuaraan.
Menanti di sudut merah ialah Mourinho selaku pengurus Manchester United dan di sudut biru gelanggang ialah bos Chelsea, Antonio Conte.
Kedua-duanya saling mengejek latar belakang, penampilan dan keupayaan masing-masing yang sudah berlanjutan selama 18 bulan.
Conte pernah menuduh Mourinho sebagai seorang yang gagal mengenal pasti bakat muda sambil musuhnya itu menggelar pengurus bebangsa Itali itu sebagai badut.
Sengketa kedua-duanya sampai ke kemuncaknya apabila Mourinho menyorot siasatan ke atas Conte atas dakwaan mengatur perlawanan ketika bersama kelab lamanya, Siena. Conte segera mencabar Mourinho untuk bersingsing lengan.
Ini adalah tahap kebencian yang tidak pernah disaksikan dalam Liga Perdana Inggeris sejak Sir Alex Ferguson dan Arsène Wenger bertegang leher dari 1996 hingga 2005.
Itu jugalah tempohnya apabila Ferguson melukakan dahi David Beckham dengan menyepak sebelah but ke kepala pemain itu di dalam bilik persalinan gara-gara keberangannya selepas United tewas 2-0 kepada Arsenal pada 2003.
Mereka juga menyaksikan Ferguson disimbah sup panas selepas satu perlawanan yang dinamakan “Battle of Old Trafford” hingga mendorong campurtangan Polis Metropolitan yang mendesak kedua-dua pengurus agar bertenang demi mengelakkan rusuhan penyokong kedua-dua pasukan pada 2005.
Apabila Ferguson dan Wenger terbabit dalam urusniaga bersama-sama, menukar pemain bagi mendapatkan wang, sengketa di antara mereka berakhir dan kedua-duanya saling menghormati dan menyanjung pencapaian dan bagaimana mereka bertahan lama dalam bola sepak.
Benar, ada banyak sengketa lain yang berlaku tapi tiada satu pun yang hampir kepada pertelagahan Mourinho dan Conte hingga menenggelami persaingan di atas padang.
(BERSAMBUNG)