Skip to main content

Advertisement

Rencana

Semangat Croatia bersama skuad B-19

hodak-(1).jpg
"Today gonna be a great day."

Itu ayat pertama dari Jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, sebaik kami bertembung di dewan makan hotel penginapan untuk sarapan pagi.


Sisa gembira kejayaan pasukan negaranya Croatia melangkah ke final Piala Dunia 2018 jelas di wajah pengendali ini dan ia mampu jadi hari yang cukup istimewa buat Hodak, andai anak buahnya juga cetak kejayaan sama mara ke peringkat akhir Piala AFF bawah 19 tahun kali ini.

Bercakap mengenai peluang negara untuk sekali lagi mematahkan keampuhan Indonesia, Hodak memilih untuk label ia sebagai seimbang.

"Mereka ada kelebihan dari segi persediaan menerusi sebulan tempoh latihan manakala kita hanya dua hari," ujar Hodak.

"Mereka ada tiga tonggak utama seperti Egy Maulana Vikri, Saddil Ramdani dan Todd Rivaldo Ferre tapi kita hanya ada Akhyar Rashid, itupun sudah dihantar pulang ke Malaysia kerana cedera," tambahnya.

Namun satu kelebihan yang lain, Malaysia mampu tenang di sebalik puluhan ribu penyokong Indonesia yang akan membanjiri Gelora Delta Sidoarjo.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, tekanan lebih kepada Indonesia dan situasi yang sama pernah memihak kepada Malaysia ketika di kejohanan sama menentang Myanmar selaku pasukan tuan rumah. tahun lalu.

"Kami berada pada momentum terbaik, masalah kurang keserasian semakin pulih selepas melewati empat perlawanan bagi tempoh sembilan hari. Ada perubahan.

"Bermain bola sepak pun sama macam kerja di pejabat, semakin banyak masa bersama, keserasian untuk jalani tanggungjawab menjadi lebih mudah," tegas Hodak mengakhiri perbualan kami.

Advertisement

Must Watch Video