Skip to main content

Rencana

Selangor tertekan

68756005_2914930138579472_2226462328432361472_o.jpg
Keputusan seri 2-2 ketika menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) malam tadi kembali memberi tekanan kepada Selangor untuk memastikan tempat ke suku akhir kerana semakin mencabar. 

Dengan keputusan itu Selangor hanya mampu mengumpul 6 mata dari empat perlawanan Kumpulan D dan kini menduduki tangga ke 2 dibelakang Melaka United. Dengah keputusan itu sudah pasti akan mengecewakan ketua jurulatih Selangor B. Sathianathan apatah lagi peminat-peminat Selangor.

Kealpaan disaat akhir perlawanan pemain Selangor memberi ruang kepada PDRM untuk menyamakan kedudukan melalui Lee Chung Hoon dimana sebelum itu jaringan pendahuluan PDRM dijaringkan oleh Uche Agba sebelum Selangor bangkit melalui jaringan Taylor Degan dan Ifedayo Omosuyi. Walaupun mempunyai peluang menjaringkan gol melalui peluang-peluang yang dimiliki Khyril Muhymeen dan Syahmi Safari namun penjaga gol PDRM Syahril Sa’ari bertindak cemerlang untuk menidakan setiap peluang Selangor itu.

Keputusan ini semakin menarik untuk diperhatikan kerana tiga pasukan dalam Kumpulan D ini iaitu Melaka United,Selangor dan PDRM masih lagi berpeluang untuk merebut dua slot ke peringkat suku akhir. Dimana Selangor dan PDRM tidak boleh melakukan kesilapan atau menerima kekalahan selepas ini dimana kedua-dua pasukan ini hanya berbaki dua perlawanan berbanding Melaka United ketika ini.

Sudah pastilah PDRM jugq tidak mahu melepaskan peluang yang mereka miliki ini untuk menempah slot ke suku akhir memandangkan mereka sudah mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan Liga Super dalam saingan Piala Malaysia ini. Sama-sama kita tunggu apakah akan terjadi selepas perlawanan yang membabitkan Melaka United yang akan menentang Felda United hujung minggu ini untuk mengetahui lebih lanjut perlumbaan merebut dua slot dalam Kumpulan D.

Advertisement

Must Watch Video