Kesediaan ketua jurulatih hoki negara, Stephen van Huizen, membuka pintu untuk penyerang, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, bakal bentuk semula rangkaian tiga pemusnah utama.
Saya pernah melihat Tengku bergandingan hebat bersama Faizal Saari dan Firhan Ashaari ketika bantu Terengganu Hockey Team raih kejuaraan berganda Liga Hoki Malaysia 2015.
Mereka memiliki persefahaman tinggi.
Trio itu hanya sempat digandingkan seketika dalam skuad kebangsaan, namun tidak begitu menyerlah, mungkin kerana perlukan lebih masa.
Memang, cabaran liga tempatan dan tugasan antarabangsa jauh berbeza.
Selepas tamat Separuh Akhir Liga Dunia di Belgium yang menyaksikan Malaysia gagal ke Sukan Olimpik Rio 2016, berlaku rombakan skuad kebangsaan.
Beberapa pemain bersara seperti penjaga gol, Roslan Jamaluddin dan pertahanan, Azlan Misron sementara Tengku tidak terpilih apabila Stephen mahu beri laluan terhadap pemain lebih muda.
"Tapi saya akui dia masih pemain berkualiti. Kami menjemputnya menyertai sesi latihan skuad kebangsaan untuk menguji tahap kecergasan dan menjalankan beberapa ujian.
"Jika dia benar-benar mahu kembali, dia perlu buktikan kepada barisan jurulatih," kata Stephen.
Sejak digugurkan, Tengku terlepas beberapa kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah, Liga Hoki Australia dan Trofi Juara-Juara Asia.
Penyerang muda seperti Mohd Haziq Shamsul, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Shahril Saabah menunjukkan potensi namun mareka masih kurang pengalamanan.
Malaysia menamatkan cabaran di tangga ketiga, meninggalkan ruang yang perlu diperbaiki menjelang Pusingan Kedua Liga Dunia di Trinidad & Tobago, Mac tahun depan yang juga kelayakan Piala Dunia 2018.
"Saya harap Tengku mengambil peluang ini. Mungkin apa yang diperlukan skuad kebangsaan ialah pengalamannya mengetuai jentera serangan.
"Mungkin Tengku dapat menyumbang satu atau dua peratus kekuatan Malaysia. Tapi siapa tahu, mungkin itulah yang diperlukan untuk bawa Malaysia ke Separuh Akhir Liga Dunia," kata bekas kapten negara, Datuk Mirnawan Nawawi.
Tengku, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu. Buka buku baru kerana apa yang penting, bantu Malaysia kembali ke Piala Dunia 2018.