26 tahun yang lalu pada 1992, seorang remaja bernama Thierry Henry memulakan kariernya bersama AS Monaco, dan cerita selebihnya adalah sejarah dalam salah satu cerita bola sepak dunia.
Kini, individu yang sama, kembali ke kelab yang sama bukan sebagai pemain, tetapi sebagai ketua jurulatih yang baru.
Hal ini terjadi apabila AS Monaco yang cukup terkenal dalam melahirkan bakat-bakat berkualiti seawal usia remaja mengalami kejatuhan prestasi yang amat buruk musim ini.
AS Monaco hanya mencatatkan satu kemenangan dalam saingan liga setakat ini dan terperosok di tangga ke-18 liga, yang sekaligus mengakibatkan jurulatihnya, Leonardo Jardim, dipecat serta merta.
Dalam masa sama, Thierry Henry yang merupakan penolong jurulatih bagi Roberto Martinez untuk skuad Belgium baru sahaja meninggalkan jawatannya dan apabila mendapat tawaran dari AS Monaco, ianya pasti sukar buat Henry untuk menolak.
Thierry Henry yang baru berusia 41 tahun pasti berbangga mendapat peluang membimbing AS Monaco, sebaris nama pengendali hebat lain yang pernah bersama Monaco seperti Arsene Wenger dan Didier Deschamps.
Tanggungjawab utama bagi Thierry Henry sudah tentu mahu kembali mendapatkan rentak kemenangan dan untuk itu, Henry dikhabarkan bakal membawa skuad kejurulatihannya yang terdiri daripada pengurus b-18 tahun Arsenal, Kwame Ampadu, jurulatih Rennes, Julien Stephan, dan jurulatih b-23 Benfica, Joao Tralho.