Apa agaknya perasaan bila membuat kesilapan yang mendatangkan parah buat diri sendiri dan dalam masa sama perlu kekal fokus untuk pastikan momentum berada di tahap terbaik apabila tiba masa untuk kembali?
Peminat bola keranjang mesti rindu dengan kelibat seorang atlet berbakat berasal dari Amerika Syarikat ini. Nama yang pastinya akan disebut kalau bercakap mengenai pasukan Memphis Grizzlies.
Baru je berusia 24 tahun tapi sensasi pemain bola keranjang ini selalunya menjadi bahan bualan di bibir peminat NBA, siapa lagi kalau bukan Temetrius Jamel ‘Ja’ Morant atau lebih dikenali dengan gelaran Ja Morant.
Bergaya namanya sama seperti kemahiran di atas gelanggang. Sebelum itu kita imbas balik apa yang terjadi menyebabkan Ja digantung 25 perlawanan, sekali gus menyaksikan Grizzlies sendu tanpa sebarang kemenangan sejak itu.
Ja sebenarnya diberi hukuman tersebut atas kesalahan menunjukkan senjata api semasa melakukan live streaming secara atas talian. Semestinya perkara tersebut mendatangkan persepsi negatif daripada pelbagai pihak dan generasi.
Tapi, baru baru ini, Ja is back! Dan ternyata ia membawa impak positif atas tiga kemenangan berturut-turut bermula dengan pertemuan epik berdepan New Orleans Pelicans, di mana Ja muncul hero selamatkan Grizzlies pada penghujung perlawanan.
Dua rakan baiknya, Desmond Bane dan Jaren Jackson Jr, pun dah kembali bermain di posisi asal bagi membantu Grizzlies memperbaiki kedudukan, sekali gus cuba melayakkan diri ke pusingan playoffs.
Persoalannya, sempat ke tidak Grizzlies bangkit atau sudah terlambat?
Ja, dipilih #2 pilihan keseluruhan dalam draf NBA 2019, membuktikan kredibilitinya bukan biasa biasa.
Kemahiran di atas gelanggang yang dianggap agresif dengan cara beraksi seakan-akan MVP, Russel Westbrook, turut mencuri perhatian ramai peminat NBA.
Ditambah lagi dengan prestasi terumbang-ambing Grizzlies musim ini sehingga Ja muncul semula dan semua sedia maklum yang dia dalam perjalanan terbaik untuk menjadi NBA’s face of the game sebelum ini tetapi kejadian tersebut betul betul mengujinya.
Namun, apa yang boleh dijadikan iktibar, manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun jangan biarkan ia menggambarkan siapa diri kita sebagai seseorang individu.
Belajar dari kejatuhan tersebut dan jadikan ia sebagai panduan, seperti yang dilakukan Ja Morant!
Lily Hamzah
Mon Dec 25 2023