Tahniah Mercedes di atas kemenangan kedua Valtteri Bottas musim ini. Mercedes nampaknya berjaya melebarkan jurang selaku pendahulu kategori pengeluar dengan meninggalkan Ferrari 22 mata di tangga kedua.
Apakah perkhabaran ini berjaya mengalihkan tumpuan pengikut Formula 1 daripada kontroversi yang tercetus pada perlumbaan GP Austria yang berlangsung pada Ahad?
Jawapannya TIDAK sama sekali.
Mungkin pemandu dari Finland itu bernasib baik terlepas daripada hukuman penalti apabila perbuatannya melakukan "jump start" atau bermula lebih awal daripada sepatutnya disokong FIA tetapi bagaimana pula dengan peminat setia sukan ini?
Ketika Bottas diraikan di podium dan dicabar meminum "champagne" daripada kasut oleh pemenang nombor tiga, Daniel Ricciardo, pengguna laman sosial Twitter yang menonton perlawanan ini mempersoalkan perkara ini. Tidak kurang juga yang berkongsi video untuk menyokong hujah masing-masing. Mudah kata, lebih ramai melabel Bottas "main kotor' untuk menang kali ini.
Para pemandu yang bersaing juga pastinya kecewa tetapi antara yang secara terang-terangan menyuarakan rasa tidak puas hati adalah pendahulu kategori pemandu, Sebastian Vettel yang tamat di tempat kedua.
Mungkin ia kedengaran cemburu tetapi tuah tetap memihak pemandu dari Jerman ini apabila Mercedes gagal mendapat keputusan podium daripada seorang lagi pemandunya, Lewis Hamilton. Maka, Vettel nampaknya selesa dengan kelebihan 20 mata di puncak.
Tetapi keputusan sudah pun dimuktamadkan. Kadang kala menjadi wira di hati peminat sahaja tidak cukup. Apatah lagi Bottas yang nasibnya bersama Mercedes pada musim hadapan belum dapat dipastikan lagi.
Dengan tamatnya kontrak satu tahunnya nanti, sudah pasti setiap peluang yang hadir untuk membolehkan dia membuktikan nilainya selaku pemandu utama kepada pasukannya akan digunakan sebaik mungkin. Jadi tidak hairanlah Bottas turut membuat pujian menggunung kepada Mercedes kerana menyediakan jentera yang cukup hebat di Austria katanya.