Ambrose memuat naik sebuah video yang mengundang penuh tanda tanya di laman Twitter semalam.
Menariknya, video ciapan tersebut dihantar melalui akaun asal Ambrose sebelum menyertai WWE iaitu @JonMoxley, yang mana ia dicipta pada Mac 2012 dan ini merupakan ciapan kali pertama setelah lapan tahun akaun tersebut menyepi.
Sehingga laporan ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 57,490 likes dan 17,897 retweet daripada pengikutnya. Ia sekaligus menimbulkan cakap-cakap yang Ambrose telah menutup buku lama dan kembali dengan karakter yang lebih ganas, berani serta tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.
Video tersebut dilihat umpama sebuah metafora yang menunjukkan Ambrose melarikan diri dari penjara, seolah-olah beliau kini telah bebas daripada kurungan Ambrose Asylum yang dihuninya sejak menyertai WWE. Babaknya dikejar oleh beberapa ekor anjing besar juga ibarat dirinya yang selama ini dibayangi oleh The Big Dog Roman Reigns, yang merupakan sekutunya di dalam gagasan The Shield.
Memandangkan Ambrose tidak terikat dengan klausa 90 hari tanpa bertanding dalam kontrak WWEnya yang telah tamat pada 30 April lalu, rata-rata pemerhati membayangkan yang Ambrose akan menyertai organisasi gusti terbaharu AEW (All Elitre Wrestling (AEW) yang akan menganjurkan acara bayar dan tonton pertama mereka Double Or Nothing pada 25 Mei depan. Kiraan menghitung hari yang tertera di dinding tirai besi juga menunjukkan angka 25, selajur menguatkan lagi andaian tersebut.
Menurut laporan, Ambrose telah menghantar notis untuk tidak mahu memperbaharui kontraknya pada Januari lalu dengan alasan ingin meneroka sesuatu yang baharu di luar WWE setelah beraksi setelah lebih tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat milik Vince Mcmahon tersebut. Justeru, WWE memberi lampu hijau dan melepaskan The Lunatic Fringe ini pada 30 April baru-baru ini.
Ambrose telah beraksi untuk kali terakhir bersama rakan The Shieldnya Roman Reigns dan Juara Universal WWE Seth Rollins dengan menewaskan Baron Corbin, Drew McIntrye dan Bobby Lashley dalam sebuah perlawanan khas untuk tayangan eksklusif WWE Network yang diberi nama The Shield’s Last Chapter.

Untuk rekod, Ambrose atau nama sebenarnya Jonathan Good telah menggunakan nama Jon Moxley sebelum menyertai WWE di beberapa badan gusti bebas seperti FIP (Full Impact Pro), Dragon Gate USA dan yang paling masyhur di badan gusti bebas yang mempersembahkan aksi gusti ganas serta berani mati iaitu CZW (Combat Zone Wrestling).
Melihatkan kepada kualiti video yang dimuatnaik tersebut, ada pula beranggapan yang sebenarnya bekas Juara Dunia WWE ini masih lagi bersama WWE, cuma bertukar nama dan karakter. Namun semuanya itu masih kekal menjadi tanda tanya dan hanya akan terjawab sedikit masa lagi.
Walau ke mana sekalipun hala tuju Ambrose @ Jon Moxley selepas ini, peminat tentunya mengharapkan yang terbaik buat bintang berusia 33 tahun ini. Bersesuaian dengan aksi hardcore dan ganas yang sebati dengannya sehingga mendapat jolokan sebagai Mick Foley di era moden hari ini, Mox pasti akan terus mendaki tangga kejayaan dan tidak mustahil bakal bergelar juara dunia buat kesekian kalinya di hari mendatang.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWE Network. Saksikan acara WWE Money In The Bank pada 20 Mei depan dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.
Menariknya, video ciapan tersebut dihantar melalui akaun asal Ambrose sebelum menyertai WWE iaitu @JonMoxley, yang mana ia dicipta pada Mac 2012 dan ini merupakan ciapan kali pertama setelah lapan tahun akaun tersebut menyepi.
— Jon Moxley (@JonMoxley) May 1, 2019
Sehingga laporan ini ditulis, ciapan tersebut telah meraih 57,490 likes dan 17,897 retweet daripada pengikutnya. Ia sekaligus menimbulkan cakap-cakap yang Ambrose telah menutup buku lama dan kembali dengan karakter yang lebih ganas, berani serta tidak gentar dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak.
Video tersebut dilihat umpama sebuah metafora yang menunjukkan Ambrose melarikan diri dari penjara, seolah-olah beliau kini telah bebas daripada kurungan Ambrose Asylum yang dihuninya sejak menyertai WWE. Babaknya dikejar oleh beberapa ekor anjing besar juga ibarat dirinya yang selama ini dibayangi oleh The Big Dog Roman Reigns, yang merupakan sekutunya di dalam gagasan The Shield.
Memandangkan Ambrose tidak terikat dengan klausa 90 hari tanpa bertanding dalam kontrak WWEnya yang telah tamat pada 30 April lalu, rata-rata pemerhati membayangkan yang Ambrose akan menyertai organisasi gusti terbaharu AEW (All Elitre Wrestling (AEW) yang akan menganjurkan acara bayar dan tonton pertama mereka Double Or Nothing pada 25 Mei depan. Kiraan menghitung hari yang tertera di dinding tirai besi juga menunjukkan angka 25, selajur menguatkan lagi andaian tersebut.
Menurut laporan, Ambrose telah menghantar notis untuk tidak mahu memperbaharui kontraknya pada Januari lalu dengan alasan ingin meneroka sesuatu yang baharu di luar WWE setelah beraksi setelah lebih tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat milik Vince Mcmahon tersebut. Justeru, WWE memberi lampu hijau dan melepaskan The Lunatic Fringe ini pada 30 April baru-baru ini.
Ambrose telah beraksi untuk kali terakhir bersama rakan The Shieldnya Roman Reigns dan Juara Universal WWE Seth Rollins dengan menewaskan Baron Corbin, Drew McIntrye dan Bobby Lashley dalam sebuah perlawanan khas untuk tayangan eksklusif WWE Network yang diberi nama The Shield’s Last Chapter.

Untuk rekod, Ambrose atau nama sebenarnya Jonathan Good telah menggunakan nama Jon Moxley sebelum menyertai WWE di beberapa badan gusti bebas seperti FIP (Full Impact Pro), Dragon Gate USA dan yang paling masyhur di badan gusti bebas yang mempersembahkan aksi gusti ganas serta berani mati iaitu CZW (Combat Zone Wrestling).
Melihatkan kepada kualiti video yang dimuatnaik tersebut, ada pula beranggapan yang sebenarnya bekas Juara Dunia WWE ini masih lagi bersama WWE, cuma bertukar nama dan karakter. Namun semuanya itu masih kekal menjadi tanda tanya dan hanya akan terjawab sedikit masa lagi.
Walau ke mana sekalipun hala tuju Ambrose @ Jon Moxley selepas ini, peminat tentunya mengharapkan yang terbaik buat bintang berusia 33 tahun ini. Bersesuaian dengan aksi hardcore dan ganas yang sebati dengannya sehingga mendapat jolokan sebagai Mick Foley di era moden hari ini, Mox pasti akan terus mendaki tangga kejayaan dan tidak mustahil bakal bergelar juara dunia buat kesekian kalinya di hari mendatang.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,