Skip to main content

Rencana

Selamat Hari Keputeraan Ke-35, TMJ

img_3030-1-850x540.jpg
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyambut hari keputeraan ke-35, Ahad lalu, turut berkongsi kemeriahan dan beramah mesra dengan penyokong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan rakyat Johor.

Ini kerana majlis keraian hari keputeraan TMJ dilangsungkan dan dimeriahkan dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, bersama keluarga diraja Johor selepas tamat satu perlawanan bola sepak amal.

Terdahulu, satu perlawanan amal telah berlangsung bagi mendapatkan dana untuk disalurkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation(WAO).

Perlawanan amal yang membabitkan JDT TMJ berdepan JDT Rest of The World itu berjaya menarik 17,000 peminat selain berjaya mengutip dana sebanyak RM680,000 untuk membantu mereka yang memerlukan.

Pasukan JDT TMJ berjaya menewaskan JDT Rest of The World 9-5, namun apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah perlawanan amal itu turut menarik minat begitu ramai legenda bola sepak ternama dari Brazil, Perancis, Itali dan Argentina, antaranya Rivaldo, Bebeto, Robert Pires, Louis Saha, David Trezeguet dan Frank Malouda.

Turut hadir memeriahkan perlawanan amal itu adalah Marco Materazzi, Claude Makalele, Esteban Cambiasso, Edgar Davids, Gianluca Zambrotta dan Claudio Caniggia.

Usaha murni seperti ini adalah sesuatu yang harus diberikan pujian kerana selain membantu mengumpul dana untuk pihak yang memerlukan, ia juga membantu mempromosikan JDT dan Malaysia kepada pemain-pemain ternama antarabangsa. 

Advertisement

Must Watch Video