Tahun 2017 boleh dikatakan tahun paling gelap dalam sejarah bola sepak Malaysia. Biarpun diterajui pucuk pimpinan baru, namun perjalanan ceritanya masih tidak berapa nak baru.
Tiada kemenangan sepanjang tahun 2017, kedudukan ranking paling teruk, jesteru itu tiada apa yang indah mahu dicoretkan menjelang bermulanya tahun baru 2018.
Peletakan jawatan Nelo Vingada juga sudah dijangka memandangkan banyak pihak mendesak agar Vingada mengundurkan diri selepas aksi hambar skuad negara di Buriram, Thailand.
Terbaru, penolong Vingada yang juga merupakan bekas pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, dilantik menjadi ketua jurulatih baru Malaysia.
Ah Hoe telah lama bersama skuad kebangsaan sejak dari zaman Datuk K. Rajagobal sebelum berbakti bersama Kedah dan kembali semula bersama skuad negara awal tahun lalu.
Selepas ini, perjuangan Ah Hoe hakikatnya bukanlah hanya di atas padang, tetapi beliau juga perlu berperang dengan penyokong bola sepak tempatan yang sentiasa memberikan kritikan positif mahupun negatif biar apa pun keputusan perlawanan.
Ah Hoe juga penulis berasakan sudah boleh berkira-kira melempar ke tepi kelompok pemain senior yang sudah tidak lagi boleh meningkat prestasi kerana telah melepasi zaman puncak mereka. Berganding bahu bersama jurulatih bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee, dan jurulatih bawah 19 negara, Bojan Hodak, mungkin akan menjadi salah satu kunci penting dalam melahirkan pemain yang mempunyai peribadi bertaraf antarabangsa.
Namun, pada pandangan sisi lain penulis, keseluruhan skripnya hampir sama seperti dulu-dulu, jurulatih asing undur diri, jurulatih tempatan ambil alih. Skripnya akan tetap sama andainya Ah Hoe gagal menaikkan kembali maruah negara dari segi ranking dan kemenangan dalam setiap perlawanan. Pengakhirannya nanti, Ah Hoe pula undur diri dan ada jurulatih asing atau tempatan ambil alih, tetapi masih tiada sebarang perubahan.