Teka-teki mengenai perjalanan karier pemain muda yang sedang meningkat naik, Luqman Hakim terus menjadi tanda tanya ramai pihak memandangkan tuan punya badan sendiri, masih mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Senario di Kem Red Giants
Terbaru, pengendali Selangor B.Sathinathan tidak menolak kemungkinan Luqman Hakim menyertai skuad utama Selangor andai kemampuan yang dipamerkan menepati kriteria sebagai pemain di liga utama. Keterbukaan pengendali berpengalaman itu yang sering memberi peluang kepada ubi muda sudah lama diketahui umum. Lihat sahaja bagaimana dahulu Sathia memberi peluang kepada Indra Putra, Shukor Adan dan beberapa pemain senior sewaktu mereka memulakan karier dahulu.
Tetapi seperti biasa, persembahan di atas padang adalah penilaian segala-galanya menolak tepi sejarah aksi cemerlang bersama skuad belia negara. B.Sathianathan dikhabarkan sedang dalam proses penilaian untuk memilih beberapa pemain dari Selangor 2 untuk diserapkan ke skuad utama, dan sudah pasti nama Luqman Hakim selain beberapa pemain seperti Mukhairi Ajmal menjadi sebutan peminat untuk merebut slot ke skuad utama.
Berkelana Di Eropah
Dalam masa sama, dikhabarkan beberapa kelab Eropah berminat mahu mendapatkan khidmat Luqman Hakim. Gosip liar turut tersebar tanpa diketahui kesahihannya, ada yang berkata kelab seperti Bayer Leverkusen & Newcastle United meletakkan Luqman Hakim dalam radar mereka. Namun apa yang pasti, kelab dari Belgium, KV Kortrjik telah pun menzahirkan minat mereka dan dikhabarkan telah pun menawarkan kontrak rasmi. Mereka hanya menunggu pengesahan dari pihak Luqman sahaja.
Pihak FAS juga dilaporkan tidak keberatan untuk melepaskan Luqman demi kelansungan karier beliau pada masa akan datang. Biarpun di atas kertas, Luqman masih memiliki kontrak bersama FAS, namun FAS bersedia memberi kerjasama 100% andai benar Luqman mahu menimba pengalaman di luar negara.
Peluang seperti ini tidak selalu ada buat pemain Malaysia memandangkan standard yang agak tinggi perlu ada untuk beraksi bersama kelab-kelab eropah. Jadi Luqman seharusnya merancang dengan teliti perjalanan kariernya yang baru sahaja mahu bermula.
Cuma harus diingat, jika disingkap semula beberapa tahun ke belakang sejarah bekas pemain negara yang berkelana di Eropah, semuanya tidak bertahan lama, mereka kembali semula ke tanah air dengan pelbagai alasan seperti tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan urusan peribadi dan kembali menyertai liga Malaysia.
Kini segalanya terserah kepada Luqman sahaja, peminat bola sepak negara boleh mengatakan apa sahaja pendapat mereka, tetapi tuan punya badan sendiri yang harus membuat penilaian dan keputusan yang tepat.