Persekutuan Badminton Dunia BWF pada 14 Mac mengumumkan penundaan 14 Kejohanan yang antaranya menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ini semua gara-gara pandemik Covid-19 yang turut menjadikan penganjuran Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung dari 31 Mac sehingga 5 April sebagai mangsa.
Untuk Sukan Olimpik edisi kali ini, pemain yang mengimpikan penampilan di temasya itu mempunyai tempoh sehingga 30 April untuk merebut tiket yang ditawarkan.
Buat makluman peminat sukan tanah air ,saya kongsikan kuota kelayakan untuk kalian,buat sebuah negara memiliki dua wakil di Tokyo 2020.
Perseorangan - Mereka perlu menamatkan kelayakan dalam kelompok 16 terbaik
Beregu - Mereka perlu menamatkan kelayakan dalam kalangan 8 terbaik
Berdasarkan perkembangan semasa, BWF seolah tidak berminat untuk memanjangkan tempoh kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seiring dengan perkembangan semasa.
Adakah ini adil untuk pemain yang sedang memburu tempat ke Jepun semasa musim panas nanti? sudah pasti tidak.
Saya berasakan untuk edisi kali ini Malaysia akan memiliki hanya satu wakil dalam setiap kategori persis Rio 2016.
Kemungkinan besar inilah barisan yang akan membawa cabaran di Empayar Matahari Terbit.
Perseorangan Lelaki-Lee Zii Jia
Perseorangan Wanita-Soniia Cheah
Beregu Lelaki- Aaron Chia/Soh Wooi Yik
Beregu Wanita-Lee Meng Yean/Chow Mei Kuan
Beregu Campuran- Chan Peng Soon/Goh Liu Ying
Saya terus doakan untuk wakil Malaysia yang lain agar doa mereka sampai untuk membuka pintu hati BWF agar melanjutkan tempoh kelayakan.
Jika tidak, Sayonara Tokyo 2020.