Bos Mercedes, Toto Wolf baru-baru ini memberikan sokongan penuh kepada pemandu no.1 Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dalam isu rasisme membabitkan kematian seorang lelaki kulit hitam di Amerika Syarikat, walaupun pada awalnya penggiat F1 yang rata-ratanya kulit putih sekadar mengambil pendekatan berdiam diri.
Wolf kemudiannya mengumumkan Mercedes berminat untuk menyambung kontrak Hamilton yang akan berakhir pada penghujung musim 2020, disebalik gangguan perancangan musim ini yang disebabkan oleh serangan pandemik COVID-19.
Keputusan ini dibuat walaupun selepas hasrat Ferrari menggandingkan Hamilton dengan Charles Leclerc pada musim 2021 sekadar khabar angin dengan termeterainya perjanjian Carlos Sainz bersama pasukan merah menyala itu.
Namun ia mungkin menyenangkan kerja Wolf untuk 'tawar menawar' dengan Hamilton yang dijangka tiada masalah untuk kekal di Mercedes bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun lagi, asalkan kedua-dua pihak menemui titik persamaan.
Pada musim 2020 yang dijangka kembali bersambung pada Julai ini, Hamilton yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-35 pada Januari diramalkan tiada masalah untuk menyamai rekod 7 kejuaraan dunia milik pemandu Ferrari, Michael Schumacher, walaupun telah heboh diperkatakan tentang rahsia tayar bagi jentera yang digunakan Hamilton.
Tambahan 2 tahun jangka hayat bersama Mercedes sehingga 2022 bermakna, perancangan Hamilton untuk kemudiannya menandingi rekod sepanjang zaman milik legenda F1 itu sebelum memikirkan tahun sesuai untuk dia bersara akan turut berada dalam lipatan sejarah Mercedes - sesuatu yang amat didambakan Mercedes sepanjang perseteruan dengan Ferrari.
Bertahun-tahun Mercedes melakukan perancangan dan pembangunan teknologi - termasuk program pemandu junior dalam mencungkil bakat-bakat baharu F1 - dimana lahirnya George Russell yang kini bersama pasukan Williams - ironinya, pemandu berusia 22 tahun itu dikatakan menarik minat Wolf untuk menjadi 'partner' terbaharu Hamilton bermula 2021 nanti.
Jika betul, ia seperti 'dream comes true' buat Russell yang sememangnya mahu kembali sebagai pemandu senior di Mercedes tetapi bersediakah Russell untuk mengorbankan impiannya itu dengan merealisasikan impian Hamilton dan Mercedes terlebih dahulu?
Bukan senang nak menjadi kesayangan.