Ingatkan Jurgen Klopp mengenai “badi final” yang melingkari dirinya – dia tewas enam daripada tujuh final utama setakat ini – nescaya jurulatih berbangsa Jerman itu akan mentertawakannya.
Bukanlah dia menidakkan takdir malang dirinya, namun dia tidak pernah percaya ia ‘sumpahan’ yang akan berkekalan.
Menjelang final kedua berturut-turut dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL), 2 Jun ini – Liverpool bimbingannya tewas kepada Real Madrid di Kiev musim lalu – Klopp tidak merelakan badi masa lalu mengusutkan fikirannya.
Lebih daripada itu, ia membuatkannya lebih bersemangat mengatur perancangan agar perhitungan dengan Tottenham Hotspur di Wanda Metropolitano, Madrid kira-kira dua minggu lagi, diungguli untuk melenyapkan segala cakap-cakap mengenai badi berkenaan.
Klopp – dengan pasukannya akan mengharungi persiapan penting seminggu di Marbella, Sepanyol menjelang final itu -- menyedari pasukannya tidak akan kekurangan motivasi kali ini.
Kecewa tewas 1-3 kepada Los Blancos di Stadium Olimpiyskiy, Kiev pada 27 Mei 2018 gara-gara dua kesilapan penjaga gol, Loris Karius, di samping ayam tambatan, Mohamed Salah, dipapah keluar selepas hanya setengah jam, The Reds akan lebih berkeinginan untuk menebusnya kali ini.
Kehampaan terbaru terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada Manchester City dengan perbezaan hanya satu mata tengah malam Ahad lalu, turut memberi motivasi tambahan buat Jordan Henderson dan rakan sepasukan untuk mencipta gemilang kali ini.
Tambahan, The Scousers – jolokan yang didasarkan kepada dialek penduduk Merseyside – yang kali terakhir menjulang trofi ‘Old Big Ears’ pada malam yang memasyhurkan Steven Gerrard selaku pemain terbaik final mengatasi AC Milan di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 25 Mei 2005, sudah terlalu lama tertangguh kegemilangan mereka.
Rekod Klopp dalam final:
2012 Piala Jerman: Borussia Dortmund 5-2 Bayern Munich - MENANG
2013 Liga Juara-Juara: Borussia Dortmund 1-2 Bayern Munich - KALAH
2014 Piala Jerman: Borussia Dortmund 0-2 Bayern Munich (aet) - KALAH
2015 Piala Jerman: Borussia Dortmund 1-3 Wolfsburg - KALAH
2016 Piala Capital One: Liverpool 1-1 Man City - KALAH penentuan penalti
2016 Liga Europa: Liverpool 1-3 Sevilla – KALAH
2018 Liga Juara-Juara: Liverpool 1-3 Real Madrid - KALAH

Mereka yang percaya kepada ketahayulan, harus menganggap kekecewaan terbaru Liverpool dipintas Man City, sekadar memanjangkan badi Klopp di sebalik perlawanan Ahad lalu bukanlah satu final yang menemukan kedua-dua pasukan tapi apalah yang dapat menghalang seseorang daripada kepercayaan mereka.
“Tidak,” kata Klopp.
“Kami sudahpun layak ke final Liga Juara-Juara. Itu sangat istimewa. Ini antara pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Liverpool, 100 peratus.
“Kelab ini sedang berada di detik terbaiknya untuk satu tempoh panjang dan ia tidak akan berakhir di situ. Jika kami bersedia untuk melakukan langkah berikutnya, kami akan lakukannya.”
Perihal bagaimana mereka bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Barcelona dalam separuh akhir pertama 2 Mei lalu untuk menyingkirkan lawan dengan kemenangan 4-0 dalam aksi timbal balik di Anfield berselang enam hari, adalah satu lagi sandaran Klopp bahawa tiada badi yang akan terus mengekori gerak-gerinya.
“Tidak! Tidak pernah….” katanya kepada satu andaian bahawa adalah sukar untuk tidak mempercayai dia membawa “sial” bersandarkan kepada rekod silamnya selaku pengurus.
“Setahu saya, saya berasa sihat, keluarga saya juga sihat, dan saya melakukan kerja yang saya sukai. Itu sudah cukup untuk menjadikan saya seorang yang bertuah – bukan seperti seorang yang membawa sial.”
Barangkali itu sudah sifat semulajadinya. Barangkali juga Klopp tidak pernah mengerti maksud ‘badi’ atau ‘sumpahan’ gara-gara perwatakannya yang sentiasa positif dan bersemangat mengejar kejayaan.
Di sebalik semua itu, pengurus berusia 51 tahun berkenaan kekal pragmatik apa pun kesudahannya di Madrid nanti.
“Ia bukan mengenai saya, ia mengenai kelab ini sebenarnya.
“Jika orang menghakimi saya kerana tidak memenangi apa-apa pada masa lalu atau memenangi sesuatu pada masa depan, saya tidak mampu mengubahnya.
“Apa yang boleh ialah untuk saya dan pasukan ini memberikan yang terbaik dan saya 100 peratus pasti kami akan melakukan itu.
“Ia tidak sempurna kerana ia adalah saya tapi saya tidak mampu melakukan lebih daripada itu.”