Skip to main content

Rencana

Sauber Terus Berjuang Dalam Perlumbaan F1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sauber.jpg
Pasukan Sauber yang ditubuhkan oleh Peter Sauber untuk menyertai perlumbaan Formula 1 (F1) amat sinonim dengan Malaysia kerana ia pernah ditaja oleh Petronas sebelum ini.

Ketika usahasama Sauber-Petronas, mereka memberi peluang kepada Kimi Raikkonen untuk mencuba nasib dalam saingan F1 sehingga dia berjaya bergelar juara dunia pada 2007 bersama Ferrari.

Malah antara pelumba yang pernah bersama Sauber termasuklah bekas juara dunia, Jacques Villenueve di samping Jean Alesi, Felipe Massa, Giancarlo Fisichela serta Nick Heidfeld.

Mereka juga pernah bekerjasama dengan beberapa pengeluar enjin terkenal antaranya Ferrari dan juga BMW.

Meskipun sudah lama berkecimpung dalam saingan F1, Sauber dilihat belum dapat capai potensi apatah lagi musim 2017 antara yang mengecewakan buat mereka.

Hanya lima mata berjaya diperoleh dalam kategori pengeluar, meletakkan mereka di tangga terakhir senarai pasukan yang ambil bahagian dengan kesemuanya diraih oleh pelumba kelahiran Jerman, Pascal Wehrlein.

Namun musim 2018 bagaikan memberi sinar harapan baharu baru apabila Alfa Romeo menjalinkan usahasama yang baharu buat Sauber dan bakal memainkan peranan sebagai rakan teknikal serta komersial buat pasukan berkenaan.

Sekaligus menyaksikan kembalinya semula Alfa Romeo dalam kancah saingan F1 selepas kali terakhir berlumba pada musim 1988.

Pencapaian terbesar dilakar Alfa Romeo sudah pasti kejayaan mengungguli juara dunia pada 1950 dan 1951 menerusi pelumbanya, Nino Farina serta Juan Manuel Fangio.

Walaupun musim 2018 akan lebih tertumpu kepada kemampuan Mercedes AMG Petronas untuk kekalkan gelaran juara dunia pelumba dan pengeluar di samping saingan hebat Ferrari serta Red Bull, penulis merasakan Sauber dan juga McLaren mampu beri saingan.

Diharapkan pengetahuan serta teknologi yang dimiliki Alfa Romeo dapat membantu pasukan ini bagi melupakan kekecewaan yang menghantui mereka sepanjang tahun 2017.

Advertisement

Must Watch Video