Malaysia akan memulakan dua misi penting dalam Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia, bermula esok.
163 atlet terdiri daripada pelajar sekolah menengah berusia bawah 18 tahun akan memburu sasaran 24 pingat emas yang diumumkan Chef de Mission (CDM), Izmi Ismail, selain perlu mempertahankan gelaran juara keseluruhan.
Saya tertarik dengan pendekatan ini.
Ia berbeza dengan pegawai utama sukan negara yang lebih cenderung tidak menetapkan sebarang sasaran pingat untuk atlit elit kebangsaan dalam mana-mana sukan bertemasya.
"Sasaran pingat akan menyebabkan atlet tertekan."
Itu falsafah pakar psikologi sukan negara.
Tetapi, bagaimana dengan akar yang baru tumbuh ini? Mereka dibaja dengan mentaliti perlu ada sasaran setiap kali mewakili negara.
Saya berada ketika Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Pegawai kontinjen negara kerap melaungkan misi memburu 24 emas dan mempertahankan kejuaraan di Kuala Lumpur, tahun lalu.
Ia pembakar semangat yang mendapat tepukan gemuruh atlet muda ini.
Daripada wajah mereka, saya melihat semangat membara untuk mewakili negara buat kali pertama, mahu mengharumkan nama keluarga, sekolah dan impian mewakili pasukan senior kebangsaan.
"Saya dan rakan-rakan akan cuba capai sasaran 24 emas dan muncul juara keseluruhan. Itu tugas kami," kata pembawa bendera kontinjen negara, Muhammad Aftar Rosli.
Ia sesuatu yang positif.
Persoalannya, mengapa apabila melangkah ke skuad elit kebangsaan, pendekatan berbeza digunakan?
Ketika remaja, mereka disemai perlu ada sasaran tetapi melangkah ke skuad senior, sasaran akan memberi tekanan kepada atlet?
Saya sebagai wartawan pun boleh pening, inikan pula atlet negara.
Realitinya, adakah sasaran akan memberi tekanan kepada atlet atau pegawai sukan negara?
Moga atlet ASG negara mencapai apa yang mereka mahukan.
Kami, empat kakitangan Astro Arena yang ditugaskan ke Semarang, akan cuba memberikan perkembangan terkini terutama sasaran 24 emas dan gelaran juara keseluruhan.
Selamat berjaya!