B. Sathianathan mengotakan salah satu janjinya kepada penyokong Selangor apabila memastikan skuad Gergasi Merah itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga Sabtu lalu.
Walaupun berdepan kesukaran sejak awal musim, ketua jurulatih berusia 61 tahun itu melunaskan janjinya itu demi menutup mulut pengkritik yang sebelum ini lancang mempertikaikan ketokohannya.
Namun, dia sendiri sedar tugasnya masih belum berakhir.
Sejak memeterai ikatan bersama Selangor, 22 November lalu, Sathianathan mencanang sasaran peribadi untuk membawa satu trofi ke Shah Alam musim ini.
Bukan Liga Super, bukan juga Piala FA, jadi sasarannya kini harus untuk menjuarai Piala Malaysia.
"Kami masih bersaing dalam Liga Super selain masih boleh mengejar kejuaraan Piala Malaysia," katanya sebaik Selangor disingkirkan Felda United dalam pusingan ketiga Piala FA, 16 April lalu.
"Kami mahu beraksi baik dan menduduki kedudukan lebih baik dalam liga dengan sekurang-kurangnya tempat ketiga.
"Tempat ketiga sudah cukup baik untuk Selangor.
"Namun, selepas itu masih ada Piala Malaysia dan di situlah sasaran kami."
Berdasarkan prestasi terkini, reputasi Selangor tidaklah segah Johor Darul Ta'zim (JDT) mahupun Pahang.
Bahkan, untuk menyaingi Kedah dan Perak juga sukar, namun itulah yang perlu dilakukan Sathianathan dalam saingan penutup musim itu.
Mahu tidak mahu, dia perlu memastikan kejuaraan Selangor demi memastikan kelangsungan masa depannya bersama pasukan Lembah Klang itu.
Berbeza dalam Liga Super dan Piala FA, Selangor memiliki reputasi yang cukup besar dalam saigan Piala Malaysia.
Mereka merupakan juara 33 kali kejohanan tertua di Malaysia itu dan sudah pasti ia akan menjadi pemangkin untuk pemain-pemain Selangor bersemangat membantu Sathianathan mengotakan janjinya itu.
Bagaimanapun, usaha itu pastinya bukan mudah memandangkan Selangor akan berdepan kesukaran bermula daripada saingan peringkat kumpulan lagi.
Dalam majlis undian di Damansara hari ini, Selangor diundi dalam Kumpulan D bersama Melaka, Felda United dan pendatang baru Liga Super musim depan, PDRM.
Bersasarkan keputusan dalam saingan liga, Selangor terikat 1-1 dengan Melaka di Shah Alam sebelum meraih kemenangan tipis 4-3 di Stadium Hang Jebat.
Rekod dengan Felda United juga sama di mana Selangor diikat 1-1 di laman sendiri sebelum menewaskan lawan itu 2-1 di Jengka.
Namun, harus diingat, The Fighters itulah pasukan yang menamatkan cabaran mereka dalam Piala FA sebelum ini.
PDRM juga tidak akan memberikan laluan mudah buat The Red Giants
Sudah pasti mereka mahu membuktikan sesuatu sebagai pasukan yang dipilih untuk dinaikkan ke Liga Super musim depan
Hakikatnya, peluang Selangor untuk mengulangi pencapaian selaku juara pada edisi 2015 itu terlalu sukar untuk dilaksanakan.
Namun, janji tetap perlu ditunaikan. Penyokong Selangor perlukan kejayaan.
Inilah masanya untuk Sathianathan membuktikan dia individu paling cocok untuk mengemudi juara 33 kali itu walaupun ia sering kali tidak dipersetujui oleh penyokong Selangor sendiri.